Wednesday, October 23, 2013

RISYA STEAK HOUSE, restoren kedua suami :)

Assalamualaikum & hai. Ye saya sedar blog ni makin hari makin kurang kasih-sayang. Owner blog sudah beralih sayang pada suami je. Kalau boleh nak doploh empat jam dengan suami tapi apa kan daya suami kuat bekerja sebab si isteri asyik nak buat kabinet dapur, beli almari, beli perhiasan itu ini. Hahaha!

Ok kali ni nak cerita pasal good-good news sahaja. Sekarang banyak sangat berita yang menggembirakan hati ini, yang boleh buat senyum lebar sampai ke telinga. Tapi biarlah cerita satu satu dulu ye. 

Alhamdulillah berkat kerajinan suami & keluarganya sekarang dah ada restoren lot kedua milik mereka. Kali ni restoren berkonsep steak, western & more 55 menu. Kalau nak nasi pun ada tapi masih berkonsepkan western macam nasi goreng arab (nasi goreng + kismis + kurma + lamb chop + bla bla.. tak ingat apa lagi dalam nasi goreng arab tu).

Suasana waktu malam. Depan restoren RISYA STEAK HOUSE Heaven sangat malam-malam. Ada meja untuk 8 orang makan, 6, 4 dan 2. Sangat sesuai bawak kaum keluarga datang sini. Tapi kalau untuk dua orang makan is so romantic sebab kerusi tinggi & cute. Lain daripada yang lain taw. Sesuai untuk pasangan yang hangat bercinta di bawah lampu yang malap-malap. Chewah :)


Chicken salad dressing. Lepas makan berat boleh try pencuci mulut ni. More kepada fruits. Yang penting healthy.



Sesiapa yang time dinner or lunch wajib pekena nasi, selain nasi goreng arab ada juga disediakan nasi goreng ayam. Yang ni sholud try sebab nasinya berlemak sedap. Best sangat. Saya sudah cuba! :)



Fish & Chip. Ikan segar dan dipotong besar-besar ok! Nyummeh! Terliur bak hang :)

      
Chicken chop forever sedap! My husband selalu tapawkan chicken chop ni kalau malas nak ikut dia pi restoren. Hehehe so sweet even I prefer lamb chop lagi.


Alhamdulillah dari hari ke hari customer makin bertambah. Sampaikan menu untuk customer nak choose hidangan habis! Apa lagi kelam-kabut kami dibuatnya. In Shaa ALLAH selepas ni menu akan ditambah :)

Dan untuk permulaan yang baik, pihak reporter dari Menteri Pelancongan nak buat shooting pengiklanan tahun melawat Malaysia 2014. Macam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM). Nak shooting 1 Nov 2013 ni. Tu yang my husband dok berpeluh cuak siap nak cari tie bagai. Cuak nak di-interview nak masuk tv katanya. Hahaha cute *__* Alhamdulillah syukur.

More details & gambar-gambar menarik boleh lawat di instagram @risyasteakhouse & FB search Risya Steak House. Sekarang tengah ada promosi 10% ye. Berbaloi-baloi. Alhamdulillah untuk rezeki ni Ya Allah. 

RISYA STEAK HOUSE,
Jalan Suarasa, Bandar Tun Hussein Onn, 
Cheras, Selangor.

Dibuka : 11pagi - 2 pagi
 
Ps : Sekarang my husband is so busy. Sobss sobss. Dalam busy-busy tu pun sempat lagi suruh tengokkan tempat-tempat best nak bercuti end of this year. Hehe Alhamdulillah :)

 

11 comments:

dhiera said...

Alhamdulillah dimurahkan rezeki!
sama la.. dah kawen blog jarang update sbb nak berkepit dgn suami je 24jam

Fais-SKA said...

menarik =) sedapnya tgok semua mkanan tu..hu3, alahhh xpelah fokus kt suami pn..lglah suami suka kn..

Liyana said...

bestnye... murah rezeki awk n family.. alhamdulillah :)

Anonymous said...

salam, dengan harapan jangan terasa dengan komen ini. sebenarnya tengah cari website nak bagi komen pasal menu spaghetti. heee. sama ada ubah style or tukar je dari menu burger. sedap jugak. spaghetti dia mcm dispointment sikit. harap sampaikan. fried rice chicken sangatlah sedap. :)

ps: dah pergi dua kali. fish n chip pun.. errr. bye~

story fiewra said...

Sy da pergiiiii..best+sedappppp

story fiewra said...

Sy da pergiiiii..best+sedappppp

.hasina. said...

@Anonymous - Wasalam.. terima kasih krn support & komen tersebut.
In Shaa ALLAH akan sy sampaikn. Btw, thanks again :)

@story fiewra - Alhamdulillah syukur dpt terima. Jemput dtg lg ye & thanks for the support! :))))

Anonymous said...

Hi,

I went to this restaurant on 13/04/2014. The cashier Arief was racist.
It happen because I purchase living social voucher and intend to use it on the lamb rib. I was told the voucher cannot be utilized on the lamb rib. Further questioning him, he reply me by " BANGSA LU YANG BUAT SALAH" What is that supposed to mean ?

Anonymous said...

maaf sy dh try krg skit food nya sbb kt area btho byk kdai western food yg.... tp decoration mmg nice

Anonymous said...

maaf sy dh try krg skit food nya sbb kt area btho byk kdai western food yg.... tp decoration mmg nice

Anonymous said...

Br blk dr risya steak kat bndar tun hussein on... bersebelahan poliklinik annur... suami nak celebrate birthday sy (26.2.16).. kecewa sgt2 dgn layanan kpda customers.. staff ramai tp services sgt slow.. tggu order chicken chop hmpir 45 minit tp still x sampai2.. suami 3 kl bgthu staf & sempat jeling2 pd order yg ade atas kaunter... tp x jg sampai2 pd sy... org yg dok depan & belakang meja sy dpt dl sedgkan diaorg dtg lmbat.. last2 cancel order chicken chop.. dah lah bayar mahal 2 air & burger rm16.90.. INDAH KHABAR DR RUPA... sory ckp sbb x puas ht dgn cara serve customer..just ckp sebagai hak seorang penggunaan..