Wednesday, November 13, 2013

13 minggu :)


Hari ni dah genap 13 minggu usia kandungan. Alhamdulillah maknya makin sihat tapi ingatkan dah takde loya dah takde muntah. Sekali tuttt pepagi buta perut dah berombak loya ok. Loya sesangat. Ditambah sekarang pinggang sakit, tulang belakang sakit. Tengah baring pun boleh sakit, duduk lama pun boleh sakit. Waaa. Balik je kerja terus melepet baring. Badan lemah-lemah, mata ngantuk toksah cakap. Pukul 10 dah tidur tu pun kat ofis ngantuk lagi. Hari-hari menguap kat tempat kerja. Bila dah melepet tu tetiba dengar suami tung tang tung tang cuci pinggan kat dapur. Kesian plak tengok dia banyak kena buat kerja rumah. Dengan nak ampai kain lagi. Dah la baru kahwin terus dia plak yang kena buat kerja rumah. Huuu tak bestnya. Tapi pada aku lah kan better suami jenis faham yang bila isteri pregnant kena tolong buat kerja rumah sikit-sikit. Suami kena take care kat pasangan 3,4 kali ganda lebih taw. Kena kesian tengok si isteri sakit-sakit badan, bawak perut besar ke sana ke sini. Sebab suami tak merasai semua benda tu. So kena ada jugak pengorbanan untuk si isteri walau tak besar mana :) Kena jaga hati isteri sebab perempuan pregnant kuat emo. Macam aku mula-mula dulu tak pasal-pasal nak menangis je. Cepat touching. Kalau suami buat dek tengok tv, main game tak prihatin langsung kat isteri memang sayu rasa hati. Yelah bila taw isteri pregnant orang yang paling happy of course si suami so suami kenalah sama-sama memahami perasaan sakit pening isteri. Balik kerja tolong urut pinggang isteri ke... Tak urut kalau usap-usap pun dah cukup. Paling busuk pun concern je lah dengan si isteri. 

Tanya 

‘...yanggg pinggang sakit lagi...’ 
‘...meh sini kat abang. Abang urut pinggang tu...’ 
‘...sayang nak makan apa? Abang masak hari ni...’ 

Kalau sampai macam ni concern si suami pada isteri confirm isteri-isteri di luar sana akan membawa perut 9 bulan dengan penuh kegembiraan & kebahagiaan. Suami baik hati, isteri bahagia, anak dalam perut pun tenang je. Hehe.

Di usia kandungan 13 minggu ni saiz baby dah besar kacang pis. Panjang fetus dah hampir 7cm hingga 8cm dari kepala ke punggung dan beratnya hampir 23g – baby center
 




Sungguh-sungguh aku pi ukur pakai pembaris tadi nak tengok besar mana. Haha comel.

1 comment:

Liyana said...

hihi comel je.. sila update hari2 ok :)