Tuesday, November 12, 2013

Apa yang dimakan sepanjang 3 bulan pregnant :)

Hari ni cam terajin nak cerita apa yang aku makan/minum masa pregnant sepanjang 3 bulan ni. Nanti kalau dah 8-9 bulan mungkin macam-macam lagi benda bagus boleh dimakan/diminum. Misalnya sekarang tak boleh minum air kelapa tapi untuk 8 bulan ke atas macam wajib minum air kelapa bagi kulit baby bersih time keluar. Kan kan? Ni rajin nak cerita je tapi tak rajin snap gambar. Jangan boring ye.

So yang utama-utamanya aku ambil folic asid. Folic asid dah start ambil sebulan before pregnant. Vitamin ni kecik warna kuning tapi khasiat banyak. Siapa yang nak cepat-cepat dapat baby 2-3 bulan sebelum kahwin dah boleh consume makan. In Shaa ALLAH usaha je lah sehabis baik. Mudah-mudahan bunting pelamin. Hehehe :) Nak beli kat klinik boleh nak beli kat farmasi brand Appeton pun boleh. Tapi doc yang check-up aku kat Pusrawi tu dah tak bagi folic acid bila kandungan 3 bulan ke atas. Ubat dah ditukar pada obimin. Kaler pink. Mak oihh besar gedabak. Dari tak suka ubat paksa-paksa je lah telan. Segala-galanya untukmu anak :') Dalam obimin ni dah merangkumi folic asid, bla bla.. apa ntah lagi. Yang penting ada tiga benda terkandung dalamnya. So senang tak payah makan banyak ubat. Satu je dah cukup. Dah masuk bulan ke4 & so on nanti tak taw lah ubat apa pulak yang wajib makan. Tadah mulut aje. Yang penting baby sihat. Maknya pun sihat :)

Yang kedua for sure lah kan mommy-mommy to be kat luar sana nak cari susu. Memula taw pregnant aku minum susu Hi-Goat (susu kambing) sebab orang kata bagus untuk elak baby kuning. Tapi sekotak je minum lepas tu tukar Mamil. Saja ngada-ngada konon tak nak Anmum tapi nasib kurang baik asal minum Mamil je muntah :( So tak berhabislah susunya. Membazir. Cis. Sebab dah tak boleh minum try susu HL perisa strawberi haa yang ni memang kena dengan tekak. Tapi problem pulak bila sekotak tu 2,3 hari je tahan. Tak daya kadang-kadang nak suruh suami pi kedai je. Kena beli 4,5 dozen terus kot. Senang bila dah ada stok susu kat rumah. Sebab bila dah habis selalu miss minum. Sedih je :( Dulu aku pernah tanya kat doc ada effect apa-apa ke kat baby if tak minum susu? Doc kata actually bukan effect pada baby tapi pada ibunya sebab baby akan serap segala kalsium ibu. So ibu yang takde kalsium. Sebab tu ibu mengandung kena minum susu nanti takdelah sakit pinggang, gigi berdarah, sakit otot. Hmm.. And one more jangan bancuh susu dengan air panas nanti hilang khasiatnya. Kena bancuh dengan air suam ok. Erkk tu yang tak larat nak minum tu. Kalau minum panas-panas ok lagi kan. Takde lah bau susu sangat. 

Kismis ni memang tak pernah miss makan. Selalunya ambil before breakfast lagi. Mudah-mudahan anak yang bakal lahir bijak.

Buah delima/pati delima gulsan. Memula dulu gigih betul cari buah delima, selalu time lunch hour beli tapi mahal. Rm3 secoet je dapat bukan sebijik-sbijik tu taw. Last-last beli yang pati delima gulsan. Lagi senang & banyak khasiat. Juga tak pernah miss minum. Sesudu campur dengan air suam minum waktu pagi. 

Madu pun makan jugak. Satu sudu before breakfast. Kadang-kadang waktu malam sebelum tidur. 

Yang lain macam buah-buahan memang hari-hari makan. Betik, honeydew, jambu batu, mangga & semua jenis buah belasah je semua boleh masuk kat tekak except nenas lah. 

Sayur pun makan jugak. Brokoli, sawi, bayam, kalian pun belasah je makan tetapi sembelit jugak wuuu. 

Bulan depan nak amalkan makan kurma pulak. Hmmm. 

PS : Tu je lah benda yang bagus-bagus setakat ini aku makan/minum. Ada apa suggest tak nak suruh makan apa lagi? Hee. Thanks!

4 comments:

Liyana said...

sila makan vit shaklee n beli kat akak. hahaha

.hasina. said...

vit shaklee apa yg bagus kak? mmg byk dgr org sebut shaklee ni even
opismate yg pregnant pun mkn. nanti kak pm sy :D Berminat!

Liyana said...

whatsapp akk ek 0173743670
nanti akk cite :D

skrg akk tgh consume esp n chewable vita c. Baru jela lg 3 minggu kot...
yg akk nmpk kesan kat faiq..dh mcm makin cerah lak haha. klu tak tu kang berbelang2 leher dia. esp ni bagus klu nk putihkan kulit baby. tgh 1st trimester ni elok la mkn sbb kita nk bentuk baby kita...hee

Liyana said...

eh lupa nk ckp.

klu awk nk beli sendiri kat HQ Shaklee pun boleh. Guna ID akak nanti dpt harga ahli. Retail price mahal sikit. ID akak - 1072266 :)