Thursday, November 7, 2013

You are so loved :)

Tak taw nak mulakan dari mana tapi saya betul-betul gembira.










sebab...........










sebab............ 









I’m pregnant 3 month 1 day.

Alhamdulillah YaAllah.

Dah lekat selepas missed miscarriage hari tu. Almost 1 month & 1 x cycle period terus lekat semula. Hehe.. By the way tak rancang apa pun sebab atas nasihat doctor dalam 3 kali period baru boleh merancang untuk pregnant semula. I think uolls yang perempuan mesti taw benda ni kan? :) Tapi hari-hari saya berdoa sekiranya kesihatan rahim sudah sembuh, sudah sihat berikan kami suami isteri rezeki anak semula. Alhamdulillah kurang dari sebulan Allah perkenankan doa kami :’) It's so touching & super excited! Nyummy-nyummy!

Oklah cerita yang lepas jangan dikenang takut datang balik perasaan sedih tak dapat tengok our first lil caliph. Tapi kami taw baby tengah melambai-lambai menunggu di pintu Jannah :') In Shaa ALLAH. 

Sebenarnya hati ni nak sangat bagitahu the good news lebih awal sebab nak share benda baik tapi rasa macam perlu simpan sampai ke tiga bulan kot. Hehe.. Now, 3 month 1 day sudah :)





Dah buat buku monthly check-up kali ni kami pilih Hospital Pusrawi Kajang. Bukanlah tak nak pi gov macam kandungan pertama tapi bila pikir nak ke KK Kajang tu, dengan ramai orang. Pergi pukul 730am sampai pukul 12 tengah hari. Then nak gerak kerja kat S.Alam. Letih gak bila dah setengah hari menunggu klinik, nak drive semula ke tempat kerja yang agak jauh. Memang liat. Lagi satu masa mula-mula nak confirmkan pregnant tu dah ter-pergi kat Pusrawi, dah kenal doktor, so go on je. Dan yang paling-paling best bila pergi private suami boleh temankan. Boleh tengok sesama masa scan baby. Dia yang selalu sebok '... eh baby..., tangan baby....' bla bla bla. Hahaha cute husband! Kalau gov suami tak boleh masuk ye. Tapi check-up mana-mana pun sama je. Gov pun bagus jugak taw. Sangat detail. Betul tak tipu. Yang penting bayi dalam kandungan sihat kan? :)




 
Ni mulanya nak pergi confirmkan pregnant or tak sebab dah beli yang kits punya kat Watson, it's positif! Walau macam mana pun kena confirmkan dengan doctor. Sampai je kat klinik doctor terus suruh scan & confirm I'm pregnant! Dah tu terus dapat dengar heartbeat baby. Laju sangat. MashaaAllah teruja! Rasa nak nangis aaaaaa. Mama & abah is so touching anak :') Masa ni dah 7 weeks 2 days :')




9 weeks 6 days dalam perut mama. Masa ni dah nampak kaki tangan gerak-gerak. Ehehehe cute :') And lucky me my husband tak pernah miss ikut check-up sekali. Kalau busy sekali pun kita pergi malam ye yanggg. Don't excuse-excuse. Berani lah tak ikut sekali merajuk baby nanti taw.

 


Paling laters check-up semalam 3 month 1 day :') Baby aktif sangat doctor cakap. Macam tengah main basikal. Tangan kaki semua nak gerak. Doctor tanya baru lepas makan ke? Hahaha right!! Memang baru lepas dinner lamb rib kat restoren suami. Doc cakap patutlah baby aktif sebab dapat makanan apa yang ibunya makan. Makan sedap baby malam tu.




Check-up next month untuk 4 bulan pulak. Semoga baby dah start gerak masa tu. Lagi excited kan kalau rasa kena kicking. Hehe In Shaa ALLAH

Ps : Doakan kandungan saya ni baik-baik ye & saya pun akan doakan anda sihat-sihat belaka. In Shaa ALLAH.                                

















3 comments:

Nursaila Norman said...

ohhw,tahniahh :) saya baca blk entry miscarriage awk tu..saya ada komen kat situ..huhu..saya mmg confirm keguguran..so far saya dh period 3x sbb nak pastikan rahim bersih..doakan kita pregnant lg..hihi :)

IMaH said...

Alhamdulillah..tahniah! extra careful k. semoga semuanya dipermudahkan

Liyana said...

tahniah sina... jaga diri n bby elok2 k :)

rindu pulak nk pregnant lagi ha. wakaka :D