Sunday, November 17, 2013

My first nephew


Hari ni masih loya-loya lagi. Masa mandi pagi tadi muntah kuning keluar hambikkk. Sampaikan dia punya rasa sakit perut tu macam kena toreh-toreh. Takpe ku tahan jua jebat demi mu anak :’) 

Alhamdulillah 15/11/2013 lepas kakak iparku selamat melahirkan anak sulungnya. Baru 3 hari usia. Anak abang aku lah. Kiranya ini anak buah pertama. Mana tak excited. Tak pernah-pernah lagi nak ada anak buah sendiri sekarang dah ado. Dulu dok menumpang manjakan anak buah sedara je. Ni bila dapat pegang anak buah sendiri rasa syahdu rasa nak meleleh air mata. Belum anak sendiri lagi kan? Dah dapat pegang anak sendiri, dapat cium-cium anak sendiri mesti terasa di syurga kan kan? Eee tak sabar ngat dah ni ! Anak mama dalam perut ni kuat ye. Sikit masa lagi kita akan ketemu. Mudah-mudahan semuanya selamat. Amin. In Shaa ALLAH.




Nama : Mohd Husni Hakimi Bin Mohd Hasni
Gender : Boy
Berat : 3.4 kg 

Comel sangat anak buah baru ni. Hari tu ada ambil video baby tengah ehekk ehekk nangis. Sangat comel tapi kat talipon husband pulak. Bersalin secara normal. Semangat badan baby. Maknya kecik je. Hehehe...



2 comments:

dhiera said...

comel ye baby. merah2 lagi

Liyana said...

comelnye... rindu bau baby.. hihi