Wednesday, December 4, 2013

4 bulan :)



2,3 hari ni busy betul rasanya dengan audit. Paling takleh blah pergi jugak site visit time-time ngandong camni. Nak buat camne dah tanggungjawabkan. 

Hari ni genap usia kandungan 4 bulan. 4 bulan satu hari kot. Doc cakap aku suka kira kandungan by day, doc pulak kira by weeks. Haha mana-mana lah labu janji sama. Masa scan semalam baby aktif kemain lagi. Doc siap tunjuk kaki, tangan tengah dok silang-silang. Like a boss ya. Macam abahnya la tu. Kikiki.. Alhamdulillah tiap kali scan memang aktif sangat baby bergerak. Jari-jari semua dah nampak dengan jelas, tulang peha, tulang belakang, alhamdulillah cukup sifat. Jantina pun ada doc khabarkan tapi tunggu 2,3 kali scan semula lah baru ku khabarkan kat korang ye. Hehe.. Zul pulak kalau dapat tengok aksi baby masa scan tu memang senyum memanjang. Nampak sangat excited. Alhamdulillah rasa bahagia kami berdua ni & bakal bertiga tak lama lagi so touching :’)





Owh ye perut aku bulat penuh, tak besar lonjong ke depan. Haa agak-agak korang girl ke boy? Mesti dah boleh teka kan. Hee..

Tekanan darah normal, air kencing normal. Ambil darah juga semalam. Setabung lagi. Serah je lah tangan ni kat nurse/lab tu. Aku tak suka ambil darah sebab boleh tahan sakit wuuu kena cucuk. Sebab jarum besar. Sampai ke demam-demam hari ni. Siap flu bagai lagi. Tak taw la flu ni disebabkan kena hujan ke apa. Baru sakit kena cucuk, belum terasa sakit nak bersalinnya lagi. Masha Allah risau sangat. Sepanjang aku pregnant ni memang selalu je mintak maaf dari suami, sebelum tidur, sebelum pi kerja, balik kerja. Semoga Allah permudahkan segala-galanya sewaktu bersalin nanti. Yelah kadang-kadang takut jugak mulut ni ada terkasar bahasa ke kat suami..kan tak best camtu. Banyak kali jugak aku berpesan kat Zul jangan buat benda yang tak kena sebab aku tak nak angin tak memasal. Yelah sepanjang pregnant ni nak kena jaga semua benda. 

Malam tadi lepas mintak maaf, Zul cakap hari-hari dia sememangnya dah maafkan aku. Takde pun salah-silap pada dia. Cium ubun-ubun, dia luruskan kaki aku since malam-malam memang kaki cramp. Selimutkan, cakap-cakap dengan baby, tidur! Syahdu je tengok suami macam tu. 

Sob sobs tarik hingus. 

Cakap pasal kaki cramp doc macam terkejut sikit sebab awal lagi kaki dah cramp. Doc tanya tak minum susu ke. Dengan selamba Zul cakap tak minum! Huhh! Tekak memang tak boleh terima susu. Susu HL boleh tapi tu pun skip jugak. Last-last doc bagi pil kalsium. Untuk orang yang macam aku susah nak telan ubat haa mendapat kau ubat besar gedabak.









4 comments:

IMaH said...

Imah pulak suka minum susu. Tapi bila awal2 preggy tu berat naik lebih had dibenarkan, doktor suruh consume pil kalsium je sebab takut susu yg buat berat naik. tapi dalam sebulan ja.Bila berat dah ok, dah leh control ambik susu balik. hehe..semoga semuanya baik2 k! take care

Liyana said...

akk dulu suka minum susu! anmum tu sedap giler haha

tp kan ada doc ckp dlm susu pun xde kalsium byk sgt... awk kena add on pil kalsium - mintak kt klinik - nanti dh masuk trimester 3 nanti cpt sakit pinggang tlg blkg bagai :)

.hasina. said...

kak yana : aah lupa nk mention pil kuning besar gedabak ni la pil kalsium..
sbb kaki cramp kn malam2 tu doc bg pil ni peganti susu. doc pun ok je tak marah
pun tak minum susu sbb susu pun boleh buat berat badan naik kilo2..
ni la pil kalsium/obical :):)

Nursaila Norman said...

saya follow awk hasina :) boleh kongsi2 cerita..