Tuesday, December 31, 2013

Annual Dinner 2013 & Holiday Ke Telok Cempedak

Assalamualaikum. 

Hari ni last day 2013. Banyak sangat memories this year. Married & pregnant! Wow!! Sikit masa lagi akan jadi mak dah :’) Indah kan perasaan tu? :') Sebagai penutup tahun ni adalah beberapa event yang baru je aku, suami & family-in-law lakukan. 

Firstly Sabtu malam Ahad lepas ada dinner company. Kali ni tak sama macam tahun-tahun lepas, tak pi single lagi. Dah boleh bawak suami together-gether. Untung juga rasanya bila kahwin awal tahun, hujung tahun dah boleh ajak suami join macam-macam event company. Pegang-pegang tangan, peluk-peluk pun no hal lah. Da bolehhhh. Teheeeee. Lewat jugaklah balik malam tu around pukul 12 baru sampai rumah sebab konon-konon nak tunggu hadiah cabutan bertuah tapi takde luck. Tak bertuah malam tu. Hadiah pulak adalah sangat-sangat best ye. 


Macam biasalah takde nak snap gambar orang lain. Takde nak tepek gambar orang lain. Haruslah gambar sendirik-sendirik aje berdua dengan husband.









Tema malam tu sebenarnya ' Kenangan 60an ' tapi aku main sauk je baju mana-mana sebab nak bagi keselesaan untuk diri sendiri & baby dalam perut. So memang takde canss langsunglah nak menang the best dress kan? :PP



Drive balik rumah laju-laju sebab nak kejar tido memasing. Esoknya nak pergi holiday. Hehe.. jalan-jalan ke Telok Cempedak, Kuantan dengan keluarga mertua & sedara mara pulak. Penat dinner tak habis lagi nak drive ke sinun jugak. Demi nak berholiday! Konon-konon nak sambut tahun baru, nak habiskan 2013 dengan ber-honeymoon. Tapi pi hari balik hari je pun. Walaupun gitu tetap meriah uolls. Gerak pepagi Subuh balik kul 12 malam woo. Terkulat-kulat mata esoknya nak pi kerja.




On the way ke Telok Cempedak drive thru breakfast McD je. Aku nak masak sarapan pagi suami kata tak payah. Punyalah dia nak cepat tuh -_-" Tapi best jugak sebab hash browns tu lamaaaa sangat dah ngidams baru laa ni dapat. Hahaha!











Dah habis syok pi pantai nak terjah satar pulak. Nak sangat merasa satar cari punya cari jumpa jugak. Sedap satar ni tapi kalau ikutkan tekak aku tak berapa minat kot. Maybe sebab first time rasa tu tak taw camne. Cuma bila husband & yang lain-lain kata sedap aku pun katalah sedap. Yang otak-otak tu pu tak berapa sedap sebab hati aku tertarik lagi dengan sotong, ketam & udang goreng tepung! Nyummehhnyaaa! :)


Gambar hangat bercinta harus adaaaaa :')


Ps : Alhamdulillah. Esok panjang umur, murah rezeki berlabuhlah tirai 2013. Makin dekat nak 2014 ni makin debar pulak nak menanti kelahiran bayi kami. Debar ni debar :) Perut makin hari makin boyot ngat :') Mihmihmih..



No comments: