Thursday, December 19, 2013

Sayang familyyyyy :')

Aku rasa nak chaw je balik rumah sekarang ni. Sebabnya suami ada kat rumah. Hihikkk. Hari ni beliau off sebab kedai tutup. Semua orang balik kampong. Selalunya aku yang ada kat rumah, hari ni beliau pulak cuti sensorang. Tu yang pagi-pagi tadi dah tung tang masak kat dapur. Buat breakfast, lunch semua dah siap-siapkan untuk suami tercinta nak mamam. Berbunga rasanya hati bila dah masak untuk suami. Yelah suami memang manjakan aku sebab hari-hari makan kedai. Beliau tak bagi isterinya masak. Sobs :( Tapi bukan kedai luar lah kedai dia sendiri. Maybe dah ada makanan depan mata buat apa nak masak-masak lagi kot? Makan pun dua orang je. Tu yang aku sesuka hati sangat nak order apa tu. Mueheheh.. Ni sesekali bila dapat masak sorga betul rasanya. Best jugak masak pagi-pagi ni sebab aku boleh bawak sarapan pi kerja. Senang tak payah nak beli-beli dah. Dan semalam aku EL sebab balik kampong suami, Pahang. Pakcik nya meninggal dunia kena kencing tikus. Muda lagi beliau dalam 52. Al fatihah untuk arwah. Yang hidup pasti akan mati cuma tak taw masanya. Standby je lah amalan-amalan yang baik ye kan?

Berbalik pada balik kampong, lepas balik Pahang tu singgah kejap rumah parents aku. Sometimes rasa beruntung sebab kampong husband dekat dengan rumah mak aku. Eh bukan sometimes memang kena bersyukur ok rumah/kampong dekat-dekat ni. Rumah mama abah Zul kat Cheras dekat dengan rumah atok aku pulak. So bila pi salah satu tempat tu memang akan zas zas ke family sebelah lagi. Baru lah fun & fair. Bila balik rumah tu rasa sorga sangat sebab dapat makan masakan mak. Dapat duduk kampong walaupun kejap. Manis je rasa itu :’) Kebetulan ada anak buah baru (anak abang yang bersalin bulan lepas) ada kat rumah. Lagilah sorga. Aaa excited je aku ni dapat anak buah. Yelah anak buah pertama kan. Tak pernah-pernah lagi nak ada anak buah sendiri. Ni dah ada haaa dok la mengadap 24jam ye :) Sampai sekarang terngiang-ngiang muka baby tu. Bestnya ada baby ni. Nikmat rasanya dapat pegang & cium-cium. Arghh tak sabar pulak nak tunggu baby dalam perut ni membesar dengan jayanya. Huhu sorry tak ingat langsung nak snap gambar anak buah. Tapi balik rumah kejap je lah pun sebab hari ni daku nak kerja kan. Sometimes rasa sayu bila balik rumah parents kejap-kejap. Tak lama mana pun. Masa zaman anak dara dulu kalau ada cuti tersepit mesti aku dah apply cuti lama sebab nak balik kampong. Tu lah bila pikir-pikir balik ini zaman dah kahwin. Zaman dah ada suami one day nanti nak ada anak lagi lain life. Semoga aku terus bertabah bila berjauhan dengan family. Ala Kajang - N.Sembilan dekat je pun (ayat nak sedapkan hati)

Ps : 1) Kalau bosan entry takde gambar tu bermaksud semua gambar-gambar dah upload kat instagram ye. Sebab aku jenis yang tak suka upload satu pic tapi semua tempat ada . Macam kat fb, ig... Bla-bla. Rasa macam tak surprise.

2) Hahaha bosan je kan cerita aku ni. Sebab takde benda nak cerita tapi nak up entry baru jugak. Tu jadi macam ni. Nak baca, baca tak nak baca takp :)

3) Sekarang ni dah18 weeks. Alhamdulillah dah rasa baby gerak. So touching. Love you anak :’)

No comments: