Thursday, January 2, 2014

Listkan 3 dulu azam utk 2013 ni.

Dah masuk tahun baru ni (2014) macam biasalah ada azam baru. Tapi tahun ni azam lain dari yang lain sikit. Azam sangat gempak bila dah jadi bini orang & bakal jadi mak-mak budak ni. Hahaha boleh gitu?

Firstly nak berbaik je dengan suami, nak sopan je dengan beliau. Yelah sepanjang hampir 10 bulan kahwin ni aku peratikan diri sendiri bila dengan husband masih ada perangai keras-keras kepala lagi. Masih susah nak tinggalkan perangai degil - tak nak ikut cakap. Kalau A lah kataku kena A lah jawabnya. Kalau tak merajuk sakan baling-baling makeup atas meja solek. Memang naya perangai buruk gitu. Mudah-mudahan dengan tahun baru ni, dengan niat yang bersih ni menjadikan aku lembut hati segala-galanya untuk suami. Pewit. 

Yang kedua nak kena double rajin lagi baca quran. Alhamdulillah sekarang lepas sembahyang je tarik quran ngaji kuat-kuat. Subuh & Isya’ tu memang wajib. Syhh syhh setan jauh-jauh dari aku. Nyah kau eh. Bagi aku rajin sikit. 

Yang ketiga nak rajin bekerja, kurangkan ngular, kurangkan gosip. Rajin-rajin buat failing, memo ke surat ke. Jangan jadi pelupa & don’t tangguh-tangguh. Bertangguh itu amalan setannnnn. Biar rezeki - gaji - duit tu barakah. In Shaa ALLAH. 

Ok 3 azam dulu aku listkan. Senang-senang nanti aku tambah sampai doploh terus :D 

Ps : Baju baby, kitten - mitten, topi dah beli banyaakkk. Baru aku faham macam mana bakal mak-mak ni kuat shopping. Rupa-rupanya memang ada perasaan geram dengan baju-baju cenonit gitu. Macam kena pukau pulak, macam ada suara yang kata borong habis barang-barang baby tu sebab comel tak terkata tahap nak menangis wooo. Time ofis masa lunch je takde kerja lain selain pi tempat baby. Teruk sangat dah mak kau ni nak :’) Hahaha! Lepas tu paling tak boleh tahan balik kerja dua-tiga kali dok tengok baju baju/barang baby yang dibeli. Tengok - lipat - simpan. Ulang sampai puas hati. Hihi... Love you anak :’)


No comments: