Tuesday, January 28, 2014

Pembawa Talasemia Minor :(

Assalamualaikum & hai.

Yang macam previous entry yang I ada bagitaw pasal talasemia tu & yes saya adalah pembawa talasemia di mana cuma minor sahaja. Mana tak terkejutkan. Tetiba je. Yelah tak pernah-pernah nak buat test ni. Not major or yang menghidap terus penyakit ni that’s why tengok I sihat, fizikal semua ok but struktur hemoglobin dalam darah yang tak cantik. Sebab tu tak pernah pulak rasa nak pitam, pengsan or yang sewaktu dengannya. Ok, if I sahaja yang pembawa apa yang merisaukan ialah my baby! Because if parents (me & husband) dah pembawa talasemia anak akan dapat peratusan 25% MAJOR TALASEMIA. OMG! So, jalan terbagus my husband kena buat test talasemia jugak sebab nak taw +ve or -ve. 

Less 3 weeks nurse Pusrawi call suruh percepatkan appointment sebab nak discuss something about my husband punya result. Arghh I memang tak sedap hati dah ni. Sebab masa I test hari tu pun doc suruh percepatkan appointment sebab I’m positif pembawa talasemia. So sad :(

So, malam tadi jugak I & husband pi Pusrawi dalam keadaan debar-debar tu. Hmm nangis! Alhamdulillah my husband bukanlah pembawa talasemia or anything yang berkaitan dengan tu but ada problem juga about darah! Apa ntah nama penyakit tu tak pasti tapi kurang sikitlah dari talasemia. Walaumacam mana pun our baby tetap berisiko nak ada sakit pasal darah-darah ni. Ya Allah nak taip entry ni pun terketar-ketar dah. Kira nisbah untuk anak nak kena something tu ¼ sama ada pregnancy yang sulung ni ke, yang no 2 or 3 or semua anak saya normal pun boleh jadi juga. Apa yang Allah nak, berkehendakkan, apa yang Allah rancang akan terjadi jugak. Kunfayakun. 

Then doc bagi surat suruh transfer pi HUKM or PPUM sebab kat situ doc semua pakar tentang darah. Kat sana doc akan check baby and akan bagi kaunseling apa yang terbaik untuk keluarga kecil kami. In Shaa ALLAH. 

And I hope takde masalah. Lagi-lagi ni anak sulung kami. Weolls sangat teruja & excited tu lain macam. Siang malam berdoa semoga segala-galanya baik-baik sahaja. Tapi naluri ibu ni yakin anak mama sihat. Lagi-lagi baby kuat tendang mama taw. Dari pagi sampai ke malam non stop. Sampai masa tidur pun bila mama hug abah, abah yang terkejut kena tendang dengan baby. Kikiki.. 

It’s ok I & husband akan redha if anything happen & sanggup berhabis segala-galanya untukmu anak :') 

"..... Allah tak pernah janji orang yang kahwin akan dapat anak....."
Tapi I bersyukur after kahwin terus lekat baby walaupun mengalami miscarriage. First dugaan. Lepas sekali period after peristiwa tu terus lekat sekali lagi which mean now! My baby yang dalam perut ni. Pun ada dugaan jugak.

Bak kata suami I :

"..... Allah takkan duga umatnya kalau kita tak boleh harungi. Mesti ada sebab Allah duga, sebab Allah sayang kita ....." 
My husband always support me dari belakang, depan, kiri kanan. Memang hari-hari dok berzikir cakap benda yang positif je. That’s why I love him. Cinta pada suami yang takde kesudahan. Pewittttt. Krikk krikk krikk. Hihihi! 

Kesimpulannya yang I boleh cakap before kahwin tu pi lah buat test talasemia ni. Memang penting sangat even kerajaan tak cakap wajib pun. Tapi kalau both of couple tu memang pembawa talasemia takkan tak boleh kahwin pulak. Haa yang ni I macam tak berapa nak sokonglah. Takkan I tak nak kahwin dengan my husband cinta mati I ni. Hahaha! Maksudnya kat sini uolls awal-awal lagi dah taw risiko anak yang uolls akan kandung nanti if kahwin jugak. Kena prepare dari segi fizikal & mental lah. Takpun plan nak ada anak 2,3 orang je ke :( 

Bukan apa, kita nak anak yang sihat & berkualiti kan? Macam I sekarang pun tengah plan nak jarakkan anak berapa tahun sorang sebab asalnya me & husband nak rancang setahun sorang taw. Hehehe :)

Last but not least please pray for my baby. Jom sama-sama berdoa In Shaa ALLAH Tuhan akan merahmati dirimu semua

3 comments:

Sura Mohd said...

semoga baby sihat hendaknya..jangan fikir bukan2 ok..be happy..:)

Mrs Najib said...

wan pun menyesal juga xbuat sebelum kawin..

Skg dh ada twin terpaksa buat plak..

Paling kesian kt anak asyik kena cucuk jea asal jumpa dr..

Test twin talasemia alfa ok next check utk beta..harap xde pape

Insyallah semua akan dipermudahkan doa bebanyak yea..

Asila Surani said...

Salam..sy pun nak share ni.sy pembawa talasemia gak.mggu dpn in shaa Allah suami plk g check darah.takot talasemia gak..hope anything ok je..