Sunday, February 2, 2014

Remuk.

Bila mood kau tak baik.. time drive masa tu & husband ada kat seat sebelah (seat penumpang) kau cakap-cakap pasal benda penting lah lebih kurang tapi sebenarnya dia tengah tidur. Tak tidur pun dia lelapkan mata sambil dengar tak dengar je kau cakap. Dah lah dengar-dengar ayam, nak bagi respon memang ke laut lah. Spoil sesangat rasanya satu hari tu. Jangankan nak kiss-kiss di waktu pagi, nak ambil hati isteri pun takde. Bantai tidur lagi adalah.

Bila mood kau tak baik.. masa husband bawak kereta kau lepas tu dia langgar kereta orang. Mungkin taklah remuk mana kereta tu cuma berlubang sikit je & lambang ‘Proton’ tercabut. Remuk jugak hati kau sebab kereta tu nyawa kau. Separuh daripada nyawa. Bulan-bulan kau yang bayar, maintenance, servis, tukar empat-empat tayar semua kau buat sorang. Mana tak remuk hati kan?
Dan sekarang adalah minggu di mana hati aku tengah remuk tapi taklah remuk macam kaca yang berderai tu. Belum sampai jadi serpihan kecil-kecil lagi. 

Kalau kau dah hidup suami isteri even suami kau bukanlah mamat yang nak bagi bunga masa anniversary ke, tak pun yang bagi coklat lepas tu ada tulis note ‘ayang lebiuuu’ ke.. tapi ingatlah apa kebaikan, kemanisan, kecintaan dia pada kau yang boleh buat kau tersenyum, tersengih sampai terpiat telinga :)

Jangan nak harapkan semua orang perfect sampai tak boleh nak buat salah sikit pun. 

Belajar menghargai suami/isteri walaupun kadang-kadang remuk di hati itu dah jadi biasa. Bila hati dah remuk pandai-pandailah rawat sendiri untuk keharmonian rumah tangga. Kalau dok makan hati berulam jantung je memang tak bahagia walaupun jauh di lubuk hati memendam rasa. 

Buat si suami.......
Walau busuk, walau kelat, walau keras kepala sekali pun isteri tu hargailah dia (isteri) sebab itulah hadiah & anugerah terindah yang Tuhan ciptakan untuk dikau. Takde galang-gantinya :)

Walaupun hati aku suku remuk, tapi cerita di atas mungkin takde kena-mengena dengan hidupku sekarang.  

Suamiku, I Love You. Kekal & tak pernah berubah tapi makin bercambah dari hari ke hari

1 comment:

s h a said...

Setuju sgt dear.Sekarang ni xde mase nak merajuk n pujuk da.Sumenye sendiri baik.Hehe.Bertolak ansur. :)