Monday, March 24, 2014

32 minggu update!

Aku dah 32 minggu sekarang bersamaan dengan 8 bulan. Pejam celik je lagi nak bersalin. Jalan dah macam penguin termengah-mengah. Tapi takpe lah orang kata ibu-ibu mengandung ni seksi. Ye ke? Hahaha mata ke atas. Contraction gitu-gitu or braxton hiks belum lagi ye tapi kalau sakit kat bawah perut & pinggang tu tak payah cakap la. Memang sakit malam-malam. Sikit-sikit ehekk ehekk ehekk ngadu kat suami. Nak mintak perhatian letew Actually masa aku ngandung ni tak banyak peel taw. Tak pernah nak ngidam benda yang bukan-bukan. Morning sickness pun takde. Senang cerita tak ngada-ngada langsung lah. Haa baik kan? Yang ada ehekk ehekk je memalam. Haha ngada ngat taw. Aku cakap dengan Zul senang sangat nak jaga aku ni. 

Dan yang orang selalu gembar-gemburkan ada stretch mark kat perut tu aku takde pun alhamdulillah tapi malangnya ada kat belakang peha & betis ok. Tiba-tiba tumbuh dengan banyak sekali. Mana datang tu woi padahal malam-malam sapu cream palmer cocoa butter dah. 


Aku pakai yang ni. Macam cream jugak. Harga RM47 kot tak ingat.


Tapi sekarang macam nak tukar pada yang oil punya. Ntah macam sangat tertarik pulak dengan yang ini. Takpe ada masa lagi ni nak cecantik depan suami :DD

Stress sangat dah mak menengoknya. Dan aku nasihatkan kalau pun belum ada, atau pun takde langsung stretch mark ni rajin-rajinlah sapu cream/minyak seawal 3 bulan ye. Nanti nyesal tak sudah tengok badan calar-balar. Mak sekarang stress ganda dua you :(

Dan aku juga dah start minum air kelapa muda hari-hari. Kalau sehari tak dapat tu boleh sentap dengan suami ha. Orang kata minum air kelapa muda ni anak keluar bersih je. Kulit cantik. In Shaa ALLAH. Bab-bab petua ni memang rajin nak ikut. Nak cantik kennn. Haruslah.
 



Untuk time pregnant ni aku ambil supplement Shaklee. Bagus sangat & aku berpuas hati. Tak letih & tak ngantuk langsung ok hari-hari hadap pc. Aku ada jual & korang-korang boleh beli dengan aku sebab sekarang tengah promosi sangat. Supplement ni memang aku rekemen kan. Yang set bersalin + menyusu pun dah siap-siap aku order. Sangat berkobar betul aku ni. Ni no aku boleh wasap, call, sms everything semua boleh untuk order 012 2737294. Bukan sahaja untuk ngandung, nak kurus, nak cantik semua ada. Aku boleh guard :)


Owh ya cakap pasal susu aku dah beli breast pump kesayangan iaitu Medela Swing. Diharap sangat membantu. Kalau dah niat nak nyusukan anak sampai dua tahun tu, semoga Allah sentiasa permudahkan & perbanyakkan susu. Amin. Nantilah bila senang aku review pasal medela pulak.

Kan aku pernah cerita yang kat opis ni 8 ke 9 orang tengah ngandong kan.. Sekarang lepas sorang-sorang bersalinnya. Turn aku belum lagi ye tunggu bulan 5 nanti tapi debaran kencang tu kemain lagi taw. Ahakss~

Lagi satu aku macam kurang gemar kalau ada yang dok suka banding-bandingkan tempat bersalin, brand baju anaklah. Apa salahnya si polan tu bersalin kat gov. Dah itu yang termampu & dah itu yang terbaik untuk anaknya nanti. Tak salah ok. Gov pun triple kali ganda bagusnya. Dan tak payah nak kritik-kritik si jemah tu belikan baju untuk anak kat Fiffy, kau beli baju anak kat Annakku, Ponny. Don’t kondem-kondem lah. Tiap mak taw mana yang terbagus untuk anak masing-masing & mengikut kemampuan juga. Apa salah doakan je para ibu ni melahirkan anak dengan selamat. Bukankah itu lagi bagus dari mengkritik? Sekian.


Pinjam anak sepupu..

2 comments:

misz sheyla said...

kite pakai vco liquid catalyst je untuk sapu kat perut..hoho..xtau lg resultnye mcm mana..sebab baru sangat pakainye

Puan Ira BamBam said...

ira punya strechmark teruk sgtttt!
buruk bebenor..harap2 hilang dalam masa 100 hari pantang nih awwwww..haha
malulah husband tgk huhuhu