Tuesday, March 4, 2014

Last Trimester

Assalamualaikum & hai !

Alhamdulillah sekarang dah masuk 3 trimester. Pejam celik pejam celik je dah masuk last trimester. Perut dah terik sangat & betul-betul rasa penuh, mengah. Woww! Rasa hebat betul perubahan diri ni. Tapi hebat yang best! Dan dah boleh taw kat mana kaki, mana kepala baby & tangannya. Is so amazing. Mengaji pun termengah-mengah macam tak cukup nafas. Kadang-kadang satu muka surat je dapat baca. Tak lagi 4-5 muka surat macam dulu sebab rasa semput. Takpe lah janji ada baca Quran dalam satu hari tu. Pernah sekali-dua tu lepas je mandi sebab terlampau mengah terus baring atas tilam nak pakai baju pun tak larat. Ahaha.. lepas tu krohh krohh terus. Suami datang pakaikan baju, pakaikan lotion untuk stretch mark! Hahaha pity him! Owh ya aku takde stretch mark kat perut tapi kat belakang peha ada. Sedih je. Harap lepas bersalin nanti hilang lah. Barang-barang baby dah 90% siap! Tinggal suami nak beli pam susu je lagi. Lepas tu I’m done! :)

3 comments:

Nursaila Norman said...

sweet je..hehe! saila yg bru nak masuk 2nd tri ni pun dah rasa mengah2 n terik lps mkn..huhu!

Liyana said...

hehe comel! rindu pulak nak mengandung lagi! haha

Anonymous said...

suroh incik somi jew tolong pam.. huhu