Thursday, August 21, 2014

Part 1 - Feeding

Hari ni macam nak share apa keperluan yang baik untuk baby sebelum kita bersalin, yang perlu, yang kena beli banyak, yang tak payah beli & mana yang bagus. Saja nak kongsi sedikit ilmu sebab aku baru je 3 bulan lalui. Fresh lagi gitew. So, bolehlah cedok sikit2 ilmu tu ya :) just sharing :) Nanti tak payahlah korang membazir beli banyak2 & ada benda yang patut kena tambah banyak sebenarnya. Takut nanti on that time dah bersalin baru hegeh2 nak beli. Not good.
Dimulai dengan feeding ye. Part lain continue next entry.
BPA Free Feeding Bottle – beli yang kecik dulu 4oz dah memadai sebab baby baru lahir tak minum dalam kuantiti banyak. Beli sebotol je dah ok. Lagi satu, tak payah dulu beli yang mahal2 macam Avents, Tommie Tippie ke sebab tak sure lagi anak kau nak puting susu macam mana. Kalau macam Naurah yang susah nak menyusu botol tu puting kuning je lah yang sesuai. Mamanya ni beli 3 botol Avent tapi satu pun dia tak nak :( Lagi pun mesti korang nak breastfeed baby dulu. 


Breast Pump – pada mommy2 yang bekerja breast pump ni penting ye nak pam susu nanti. Kalau housewife takpeeee. Tak kisah pun beli brand apa. Kalau duit lebih bolehlah beli medela freestyle. Tapi hakakk tak mampu, cuma beli medela swing saja tu pun mata husband dah buntang2 dah. Ahaha! Pasal pam ni korang study la sendiri ye nak beli mana yang terbaik. Panjang berjela nanti kalau nak cerita satu2. Masa pantang ni lah susu mencurah2. So, banyakkan sesi pam. Sayang taw nanti dah masuk kerja kurang masa nak pam sebab busy. Kena rajin study tentang bf ni. Rajinkan diri google, tanya mommy2 yang lain yang lebih berpengalaman. Macam aku dulu susu banyakkkkkk sangat. Alhamdulillah memang cepat je Naurah kenyang. Kejap2 bengkak susu. Bengkak susu tu sakit. Sebabkan ilmu tentang bf secoet, aku tak pandai lagi pam pun ikut suka je. Kadang2 tak pam pun. Sampai lah dua minggu nak masuk kerja baru menggelabah nak buat stock susu. Haru taw. Dan sebab malas nak pam dulu susu tak sebanyak masa pantang. Tapi Alhamdulillah still cukup, still fully bf Naurah sampai sekarang:)


Storage Bottle – ni untuk nak simpan susu nanti. Beli banyak pun takpe sebab memang akan pakai. Tapi selalunya kalau beli breast pump yang set for sure akan dapat gift storage bottle :)


Storage Bag/Plastic – pun boleh beli banyak. Aku sekarang kat ofis memang pakai ni je sebab boleh jimat ruang peti ais. Tapi ada orang tak berapa suka sebab takut tumpah2 susu. Depends la k :)


 Teat Brush – kena beli untuk cuci botol. Yang murah2 pun dah ok jangan nak ikut brands sangat.


Cooler Bag – nak beli lepas pantang pun takpe sebab belum pakai lagi masa lepas bersalin. Ni untuk mommy2 yang bekerja sahaja. Macam aku dapat gift sebab beli set medela swing :) Alhamdulillah tak payah beli lagi.

Reusable Ice Pack – dapat gift jugak ni :) hehe


Sterilizer, Dryer & Warmer – tak payah beli pun takpe. Sebab aku beli tapi tak pakai pun. Kan dah membazir. Sobssssss :( Rajinkan je diri untuk nak panaskan susu bla bla bla... eh korang ni, dah ada anak nak jadi malas ke? hihi..


Nipple Cream – tak taw lah kena beli ke tak sebab aku tak beli pun. Tapi memang nipple kita akan luka, darah, sakit sebab baby menyusu je kan. For me, takut plak nak letak krim kat nipple. Sebab banyak bahan kimia lepas tu anak kau hisap. Eh macam mana tu? tak nak haku. Tapi memang sakit pun. Sakit2 pun tak lama. Bila dah biasa menyusu anak nanti nipple kembali baik. Dua minggu je macam tu. Percayalah :)
Nursing Bra – nak beli boleh tak beli pun takpe. Macam aku ada satu dua je. Haha. Sebab kalau nak menyusu pi lah cari tempat tersembunyi sikit. Lepas tu bukak lah. hahaha!
Nursing Pad Washable/Disposable – beli sikit2 dulu kalau keluar je pakai. Dalam rumah buat apa nak pakai. Rasa2 dah berat breast tu sua je la kat anak. Tak pun pam la. Macam aku cuma pakai 2,3 pad je. Lepas tu simpan buat tukun. Hahaha! Nasib free gift :PP


 Nursing Pillow – ni tak perlu. Membazir sangat. Alas dengan mana2 bantal pun boleh.



Ni dari experience aku. Lain orang lain kisahnya :) sekadar berkongsi.



No comments: