Monday, August 11, 2014

Serba-sedikit tentang Nawal Naurah :)



Assalamualaikum & hai.

Alhamdulillah aku dah selamat bersalin ye pada sapa2 yang tertanya2 tu. Ada ke? Heee. Now, baby dah 3 bulan. Ambil masa lama jugak untuk nak update ye tak? Tapi memang aku peratikan kalau mak2 yang dah beranaks ni nak update blog suam2 kuku aje. Macam chipsmore kejap ada kejap yilekk. Syok & busy menjaga anak kata deme. Kui kui kui. Tapi aku wanita bekerjaya ihikk hikk idok ler menjaga anak 24jam. Hantar pengasuh. Sobsss sedih je. Niat di hati nak sangat dok berkepit dengan anak 24jam tapi hmm hmm.. 

Nama baby : Nawal Naurah Binti Zuhairen Hazuwan (Nawal tu pemberianku, Naurah tu bunga) Banyak sebenarnya nama2 yang aku suggestkan kat suami tapi suami tolak. No no katanya sampailah aku terjumpa & berkenan nama Nawal Naurah ni. Husband pun bagi green light. Sunnah kan kalau suami yang pilihkan nama anak. Ha gitu :) Kalau tak tu aku pilih Sabrina, Suraya, Zulikha la.. bla bla.. Tapi nama Sabrina tu memang aku suka since sekolah lagi. Hihi.. 

Naurah ni lahir kecik je 2.78kg tapi sekarang bam bam ngat. Lagi2 tang pipi. Even orang kata ehh hari tu perut besar ya amat lepas tu keluarnya kecik.. bla bla.. tapi bersyukur, aku suka je sebab jahit sikittttttt. Koyak tak banyak, Alhamdulillah. 

Oh ye aku bersalin normal without epi, gas apa semua tu. Jangan ditanya sakit ke idok. Sapa kata tak sakit tu mehh sini mehh aku sekeh barang seketul dua. Sakittttt....... 

Oklah belum sempat lagi nak transfer gambar2 baby. Sejak2 dah ada instagram ni memang aku jarang upload pics kat mana2. Fb ke blog ke... sebab aku addicted instagram. Hihi gelak tutup mulut. Meh jom meh follow aku kat stegrem. 

Search : hasina89 

Tak follow pun takpe.. view je lah sebab aku tak private puns.

No comments: