Wednesday, October 15, 2014

Naurah's First Raya Haji



Assalamualaikum.

Cerita raya haji. 
Dah basi sangat. 

Raya haji kali ni beraya kat kampungku Felda Sungai Lui, N9. Sistem bergilir itu perlu kata husband walaupun tiap2 tahun aku pujuk nak beraya kat kampung aku saja. Tetap tak dapat -___________-" Even adik-beradik tak ramai tapi sure meriah sebab saudara-mara jenis berkunjung ke rumah. Memang rumah mak abah jadi port saudara-mara nak datang. Kalau kat kampung husband nak tunggu memasing dok mekap2 sekian. Sampai ke tengah hari tak bersalam, tak bermaafan lagi. Kalau kat kampungku teratur je. Pagi2 lagi dah bersalaman. Haa gitew.


Aci tak belanja sekeping gambar je. Hahaha! Meh nak cerita meh baju kaler merah laki-bini ni :PP Alkisahnya baju ni dah lama kami hantar tailor. Sejak sebelum raya puasa lagi. Tapi bukan nak pakai masa raya pun.. nak pakai time kenduri cousin kahwin. Kain sari beli kat India kirim kat kawan. 6 meter lebih rasanya tu yang dapat buat baju husband. Tapi takat baju jelah. Seluar tak cukup. Tu pun ada lagi lebihan kain. Ingat nak buat baju my Naurah. Mesti omey2 pakai sedondon dengan mama abah kan? :) Pasal tudung tu staf2 sini lah yang menjual. Aku kan jenis pantang orang promote mesti akan membeli -___-" Emerald green ni terbekenan plak kat hati. Oleh kerana baju Naurah takde sibuklah aku mintak duit kat husband nak belikan baju untuk anak. Asalnya nak cari emerald green jugak konon2 nak sama dengan tudung. Tak nak la kan merah sesaja semuanya. Last minit cari tak jumpa, hijau pucuk pisang pun jadi lah. Tetap anak dara I glamour you :)

No comments: