Sunday, November 9, 2014

Ahad Yg Bermakna

Assalamualaikum :)

Bukan tiap Ahad sahaja bermakna tapi every weekend memang sangat bermakna pun untuk iolss. Iolss dah ada family sendiri, family kecik ni memang tertunggu2 aje bila nak cuti. 

Sabtu takde apa sangat aktiviti tak maw cerita. 

Hari Ahad je nak story. Pagi Ahad tu lepas mandikan budak tecik & susukan bersiap2 la kami laki-bini nak pi makan kenduri. Aku dengan husband memang suka makan lauk kenduri tak kira ceruk mana kalau dijemput time kitorang free memang pergiiiiiiii. Seronok jumpa kawan2 ofis bawak anak2 memasing. Dah tu anak memasing 2-3 bulan je beza dengan Naurah mana tak kepochi dok bercerita kehebatan anak masing2 kan. Hihi! Naurah pun mood baik sangat pandai bawak diri bila orang agah, bila orang dukung. Suka pulak dia tu. Boleh la mama abah makan sambil sok sek sok sek sambil berpegangan tangan gitu. Auwwww!


Kat kenduri kahwin orang 3 beranak ni selfie. Suami tak nak bergambar segan katanya. Tak dulikkkkk kena paksa jugak. Hihi

Lepas ke kenduri ke mana kita? Ke mana? Jom pergi NSK kita borong doorgift untuk kenduri akikah Naurah next week. Lepas berjaya memborong, nak pergi rumah mertua biasalah kalau rumah dekat2 ni memang ke situ je weekend. Tapi tak bertuah lah kami sebab pintu kunci, mak mertua takde. Call2 mama semua nak pergi Nilai. So moh ler kita berjalan ke Nilai pulak. Aku on je dah memang kaki jalan kennn. Tapi dalam kereta awal2 lagi cakap kat husband kalau pergi Nilai mesti beli something kat sana. Tak nak la habiskan minyak je jalan jauh2 tapi takde hasil. Suami angguk2 je -___- Dalam kepala dah ligat pikir nak kain pasang, shawl ;DD hihi. Sesampai sana laju je husband ajak pi kedai karpet. Dapatlah karpet besar 1, karpet kecik 1. Nak letak depan tv katanya. Yang karpet kecik nak letak dalam bilik Naurah. Amboiiiii hubby! Hmmm mecihh. Semoga isterimu ini semakin rajin mencantikkan rumah. Hee! Dah borong karpet lapar pulak singgah kedai sup. Macam food court la kat situ, kedai sup tu apa ntah nama tapi memang pedas supnya. Sedap sangat. Memang kena je dengan tekak aku ni. Mi sup daging untuk saya & nasi putih, sup ekor campur urat untuk suami. Rasanya memang mengancam habis. Tapi aku makan tak habis sebab Naurah dah ngamuk sakan nak tidur. Siap nangis meleleh2 air mata dia ngamuk huu. Terus ajak suami balik takpe lah mi sup tak habis pun takpe. Sebelum balik pesan kat husband nak makan kat kedai sup ni lagi. Memang jatuh cinta habis dengan sup pedas dia. Harga mahal tapi berbaloi kot. Gambar karpet, gambar makan tak ambil sebab bateri betul2 dah kong. Dah lewat petang la plak. Huhu! 

Kadang terpikir seronok jugak habiskan masa dengan husband & anak dalam kereta. Anak dah tidur di pangkuan, dapatlah mama-abah becok bersembang-romantik. Macam zaman muda-mudi dulu. Bukan apa kalau kat rumah tu kang I iz busy mengemas rumah, mop lantai, cuci pinggan. Yang husband pulak main game, tengok tv. Bersembang tu ada la tapi masa terhad. Kalau bermesra dalam kereta ni rasa bunga2 cinta tu meriah je. Haii kenapalah dari Nilai ke Kajang dekat sangat ni?! Chewaahh!




Kat Nilai 3 mama & abah mertua shopping barang perantin. Iolss nak dapat biras baru ;)




Ps : Hari2 jatuh cinta dengan suami :)


No comments: