Thursday, November 27, 2014

Naurah & her solid food


Assalamualaikum & hai !

Dah Jumaat hari ni. Yahoo! Boleh mengempeng dengan anak. Esok & lusa! Hihikk.. Sindrom mak-mak sangat kennnn. 

Promo untuk Set Nour Ain macam biasa RM 104 free postage & free gift. Tapi kan untuk free gift tu sampai Jumaat next week je taw (5/12/2014) lepas tu tamat dah free gift nya :) Jangan risau free postage tetap berjalan macam biasa :) Kalau nak order cepat2 ye.. Beli sekali dua set pun boleh lagi double-triple jimat. Nanti dah lama2 sikit baru aku open untuk free gift semula. Oh ye bercakap pasal bisness ni Shaklee pun aku masih jadi SID lagi. Sesapa nak beli Shaklee WhatsApp je. Nak tanya itu ini ke semua boleh confirm dilayan! Harga semua harga kasih-sayang je. Eh sebenarnya aku jual macam2. Telekung, tudung, kain tapi sebab kekangan masa tak berapa nak update. Cuma yang hot2 adalah Nour Ain Skin Care & Shaklee :)









-
-
-
-
-





Kalau sapa2 yang rajin baca entry aku mesti taw kan anak dara godang sorang tu dah masuk 6 bulan lebih. Means dah makan! Yeyy! Mak mana yang tak seronok bila tengok anak membesar depan mata, dah boleh makan, dah pandai merangkak, dah pandai panggil mama-abah. Aduhh touching sangat. Sobs! *lap air mata

Buat masa ni gigih betul Mama Naurah (aku la tu) buat puree hari2 ok. Bukan apa, aku tak berapa pandai nak buat stok makan banyak2 lepas tu letak dalam freezer. Walaupun ramai yang cakap nak simpan stok puree tu sama je macam ebm konsepnya. Tapi macam... hmm apa salahnya kalau aku stim, blender hari2 makanan Naurah. Aku pun takde la bagi 4 hari berturut2 makanan yang sama (4 rule) sebab aku rasa macam dia bosan nanti. Tengok dia berak semua ok..ok la tu. Rajin jugak la tukar2 selera dia. Macam2 puree aku pernah bagi. Puree epal, pisang, pear, mangga, betik & baru2 ni bagi puree brokoli. Tapi brokoli macam tak suka je -___-“ Alahai jangan la jadi macam abah tak suka sayur. Huhu..Tapi aku ingat nak bagi bubur memandangkan Naurah suka makan. Lapar aje dak tecik tu. Huhu! Tengokla weekend ni nak cari beras perang untuk bubur dia.

Aku ada jugak bagi Naurah biskut Milna Rusk yang original. Kemain suka dia. Memang licin. Ingat lepas ni nak beli perisa pisang. Macam best jugak kan? :)






Lepas tu ada bagi yang instant punya macam Nestum Cerelac. Bagi yang beras & buah-buahan ni. Oklah kenyang je makan maybe sebab ada beras kot. Laju dia makan.






Puree Heinz epal & mangga ni pun pernah bagi jugak tapi tak berapa suka kot mungkin sebab mangga tu masam. Tengok muka dia pun terkenyit-kenyit je hihi..









Haha semua pernah bagi & semua dia suka Alhamdulillah. Tapi ada juga aku dok baca2 orang kata jangan bagi instant la.. kena makan masakan ibu la.. blabla.. Janganla judge mak2 ni kalau bagi instant tu tak bagus, kalau bagi nestum tak elok untuk usus. Hmm depends la. Aku ada je masak untuk anak aku. Hari2 gigih masak. Cuma pernah je bagi instant macam ni. Campur2. Macam susu formula kan.. Kalau mak2 yang bagi susu fm ni ada je orang mengata. Alaa bagi susu jugak bukan bagi ais krim pun. Dah kalau maknya takde susu nak buat macam mana? Eh ter-emo pulak. Ok bai.




1 comment:

Liyana said...

yeay Naurah dah boleh mamam... best kannn :)

Faiq dulu kan suka nau bubur nasi ikan bilis. tapiiii yg akk buat je. MIL try buat tapi Faiq xnak mamam. Hahahahah gelak jahat :D