Monday, December 22, 2014

Ke Perlis

Assalamualaikum.

Sambung entry pergi Perlis yang tergendala semalam. Tergendala sebab buat entry pasal nursery Naurah. Tak taw nak bagi perasaan apa bila yuran naik. Tapi weolls laki-bini ok kan aje ler -__-“ 

Pi Perlis ni sebab aku ada Symposium ala2 kursus jugaklah. Tapi sebab 2hari 3malam aku saja2 request nak bawah husband & anak sekali. Kalau tidak aku tak nak pergi. Hoho! Nak buat macam mana anak mak fully bf malam2 nak ngopek -________-" Dan wajib angkut husband juga la hihi..

Macam tak percaya je boleh berjalan 7-8 jam ke Perlis tu. Taubat nak pergi lagi. Jauhnya lahai. Tapi lucky me sebab Naurah jenis dok diam dalam kereta. Mana tak nya dia pun kaki jalan macam mama jugak hehh. 

Dah sampai bilik. Kepenatan lepas mandi terus zzz! Oh ya Naurah hisap jari sebab dia memang takde puting pun! Memang tak pernah belikan tak taw kenapa.



Elok je abah jaga. Dok mengekek je ketawa. Mama tengah kursus abah send video. Tempat kursus pun kat hotel tu jugak. Boleh la mama lari2 kejap nyusukan anak :)


Kawan2 opis yang terlibat. Cer cari saya yang mana? :PP


First dinner seafood kami laki-bini kat Kuala Perlis. Ni semua RM 65 ++/ Mahal ke tak? Aku pun konfius. Makanan semua tip top! Sedap sangat siap tapaw bawak balik hotel lagi.


Nampak biasa2 je cendol Kuala Perlis ni tapi sedap sangat. Cendol biasa RM 1.50. Murah la kan? Rugi plak tak add cendol pulut. Hmm


Kat depan lift bilik kami. Time ni malam kedua nak carik makan. Kemain suka dak Naurah bila bawak berjalan.


Gerammmmmmmmm


Hari last tak lupa singgah Padang Besar, pekena jugak pulut mangga ni. Sedap jugak la.


Last day before balik tu memang ajak husband singgah Padang Besar. Dah nyampai ke situ takkan tak singgah Padang Besar. Orang kata harga murah2. Hmm pada aku ok2 je la sebab boleh tawar2. Dapatlah rembat baju Naurah 2pasang, kerongsang, makanan-jeruk-kacang-cekedis. Apa lagi ye? Tak ingatlah. Tapi puas hati juga lah dapat shopping sana :) Thank you husband always jadi banker kami. Hihihi...

Dah seminggu yang lepas ke Perlis rasa rindu pulak suasana ke sana. Dengan berlari2 dari bilik kursus ke bilik hotel jenguk anak & husband. Dengan malam2 pangku Naurah time dinner kat luar. Dengan berteka-teki dengan husband nak pi makan mana. Seronok kan holiday kalau bawak keluarga kecik ni? :) Alhamdulillah.


3 comments:

Liyana said...

best kan holiday yg kite2 aje. heh

eh baju merah tu adakah nadira poplook? ahahhaa. akk ada kaler purple lol :D

Maria Hasun said...

Pulut Mangga & cendol tuuu sedapnyaaaaa

.hasina. said...

kak yana : mmg best pun kalu kita2 je holiday. without 'org luar a k a pengacau' hahaha!

ehh tu baju t-shirt lengan panjang biasa je beli kt padini. yg seluar tu yess from poplook hihi :DD

maria hasun : aaa best kan! nanti ada rezeki boleh try :)