Monday, December 15, 2014

Kerabu Maggie

Assalamualaikum & selamat tengah hari.

Baru balik dari lunch Alhamdulillah berselera sangat makan tadi. Kerabu Maggie! Yayy! Actually aku bab2 kerabu kureng suka tapi selalu tengok kengkawan makan macam sedap je. Try la. Iyoooo sedap rupanya! Lepas ni boleh la repeat makan kerabu maggie lagi. 

Kerabu Maggie cuma 5 hinggit sajo

Last week Selangor cuti hari Khamis public holiday aku pun saja lah dok sambung2 cuti Jumaat tu sampai ke hari Ahad. Nak habiskan cuti tahun tapi tak habis jugak still bawak baki 10 hari ke tahun hadapan. Dah bercuti lama tu ada je lah nak buat aktiviti untuk anak dara godang ni. Dah besar sangat gamaknya anak dara ni. Suka main sorang2 lepas tu bila mama dia nak hug nak kiss, jerit2 tak nak. Ditolak-tolaknya kita. Amboihh sangat -____-“ 

Antara aktiviti ialah pergi ke baby spa ni Hippopo Baby Spa & Wellness. Lama sangat aim nak pergi sini tak pergi2. Ke sudah nya Naurah dah 7 bulan baru pergi. Nasib lah laki mak jenis melayan. Aku cakap nak ke sana nak ke sini tanda good je dia bagi. Petang tu ajak pergi SBU pun tanda good jugak dia bagi. Sporting sangat husband Muah ciked! Cerita Naurah pergi spa In Shaa Allah next punya next entry kot. 

Nah sekeping gambar anak dara godang muka cuak! First time swimming kononnya. 




Esok sampai ke hari Jumaat aku, husband & Naurah holiday kat Perlis. Unsabar betul kalau nak berjalan dengan family ni kan. Holiday yukk !!

No comments: