Friday, December 5, 2014

Tudung Bawal SBU & Headband Naurah

Assalamualaikum.

Baru balik dari lunch. Hari ni terlewat sikitttttt. Biasa la hari Jumaat memang hari shopping & hari makan sedap2 kot. Rehat dua jam kannn tu yang poyo je. Eh bukan aku sorang je. Cer tanya orang yang kerja ofis lain macam tu jugak. Huhu... Hari tu aku dok poyo2 cakap nak beli AJ. Klik sini & sini. Memang dah beli tapi macam tak ngam la dengan jiwa raga ni. Tapi member ofis cakap yang white label ada je kain yang lembut & corak cantik2 sebenarnya. Hmm takpe2 nanti ku cuba yang label lain. Kot la rajin. 

Dan tadi rehat lelama ni la hasilnya beli tudung dari SBU (Sincerelybyusshawl) 3 helai. Tudung2 SBU ni memang aku rajin beli. Ada shawl, tudung bawal tapi biasa yang famous bawal la. Sedap je pakai & corak pun lawo2. Kadang tu aku tengok orang lain asal SBU ada keluar tudung baru je mesti tak miss membeli. Aku idok ler gitu asal teringin baru beli. Ada dua cawangan satu kat Bangi satu kat Shah Alam. Bila weekend ajak jugak husband pi yang kat Bangi dekat sikit dengan rumah. Seronok je kalau pi dengan dia sebab dah tentu dia bayorkan. Siap suruh ambil 2-3 helai lagi. Mentang2 murah amboi. Haha! Memang murah pun satu tudung RM25. Macam tudung yang paling atas ni, corak bunga raya RM20 sebab dah ada yang baru then jatuh la sikit harga bagi tudung yang lama. Tapi yang lama pun tetap lawo. Rambang mata sangat kalau masuk SBU. Macam2 pattern ada. Gitu. 

Then pi kedai sebelah pulak beli headband dak Naurah. Dapat lagi dua headband. Ahaha saja2 nak tambah koleksi. Tu la dia kalau anak gegirl ni geram sokmo dibuatnya. Belum campur kasut dia lagi. Sekarang ni turn gila beli kasut anak pulak. Musim gila beli baju dah kurang sikit. Asyik2 kasut je sekarang ni -_____- 







Psss... psss... semalam dalam kereta husband asyik tanya2 nak baju baru ke tak? Selalu kalau nak baju, seluar, kasut baru aku yang mintak. Ni dia yang offer. Hamboii sangat ni

No comments: