Sunday, December 21, 2014

Yuran Taska Naurah Utk Tahun Depan Naik -__-


Assalamualaikum.

Sebenarnya aku nak cerita pasal last week pergi holiday kat Perlis tu. Tapi terpanggil nak cerita pasal yuran taska Naurah untuk tahun depan. Pagi ni bukak je emel terkulat kejap bijik mata tengok emel dari Pengurusan Taska, yuran Naurah naik dari RM 350 ke RM 380. Normal ke macam tu kat area KL ni? Ke aku je tak taw. Iyoo aku hantar anak kat school, a k a taska bukan rumah pengasuh ke apa ke.. Memang la ada belajar, tempat bersih memang sebijik macam school tapi pada aku mahal sesangat tu untuk baby usia hampir nak setahun. Dekat nak RM 400 kot. Tak campur lagi OT.. bla... bla... Dah kata mama kerja jauh dengan jem bagai macam mana nak punctual sharp 6.30 sampai. Confirm hari2 ada OT -_______-“!

Takpe lah kita diam je.. Nak buat macam mana dah orang yang jagakan anak kita. Kita kerja. Jangan banyak bunyik. Walaupun sedikit kesal tapi dapat teacher yang bagus2, persekitaran bersih, jaga anak kita bersih, Naurah pun mengekek ketawa je kat sana dah Alhamdulillah. Mula lah aku berkira-kira perbelanjaan dengan husband untuk tahun depan ni. Dari segala aspek kena pantau. Dengan pampers, baju pakai hari2, susu Alhamdulillah masih dapat berjimat sebab Naurah fully bf. Kena simpan duit lebih untuk masa hadapan. In Shaa Allah. Chayokk!

1 comment:

cik mah said...

La naik ek...huhu...bnyk gak naik tu...mmg bnyk kena jimat...bab2 pampers..le pkaikan cd..bnyk jimat