Sunday, January 18, 2015

Ahad pergi The Mines





Semalam (Ahad) aku pergi The Mines dengan suami, anak. Lama gila tak pergi sana sejak2 dah beranak ni jarang jugak ke mall. Tengah2 cari parking, sembang dengan husband.. 

lama kita tak pergi sini kan. Kalau zaman bercinta dulu keluar je kan kita bang? Setiap weekend Sabtu-Ahad mesti keluar jalan.  

Naurah pulak tidur kat riba time tu lagi kencang kami bersembang sambil sesama terimbau kenangan sebelum kahwin. Ahaks! 

Takde apa sangat pun beli kat Mines tu. Sepasang baju tidur Naurah, beli kat FOS. Ok2 je lah FOS tu. Banyak yang murah baju baby ni sebenarnya lagi2 rompers. Tapi aku tak suka pakaikan Naurah rompers yang takde kaki tu. Yang kontot nampak peha tu. Ohh no sangat. Kalau rompers yang berkaki takpun untuk baju tidur tu ok lah. Walaupun rompers banyak gila babeng yang cecomel tapi bila nampak kaki-peha-betis tu macam ehh seksinya. Say no! Rasa macam kesian kat Naurah takut dia sejuk pun ada haha over je mama dia. Lepas tu beli baju sendiri kat Nichi. Jangan tak beli je bila dah sampai tu. Tu pun teragak-agak...nak beli ke tak nak beli ke tak... biasa beli on9 klik2 terus beli tak nampak duit. Kalau beli direct tu 70 pun rasa kedekut je duit mengalir. Kah kah! Husband kata ambil je lah. Bukan selalu dah nak sampai ke sini. Kalau dia tak beli bateri handphone maybe tak datang saja2 kot The Mines ni. Baik dok rumah berguling dengan Naurah lagi berbaloi hujung minggu kami. Gitu. Nak dipendekkan cerita beli la blouse RM 70 kat Nichi tu. Pakainya ntah bila haha! Aku prefer on9 kot sebab dah taw mana2 website yang best. And tak nampak nak hulur duit. Haha padahal sama je ye tak? Bila tanya husband...

 syok kan isteri tak rajin shopping ni. Abang taw ke kat mana perginya duit sayang? Taw.. kat dalam bank.  

Huhu.. Memang itu lah perangai aku..tamak menyimpan dari berbelanja. Tak makan pun takpe janji dapat saving. Tapi tak bermakna lah aku tak beli itu ini. Hehe tipu la tu kan kalau tak shopping..

Bye!


2 comments:

cik mah said...

Samalh kita...cik mah klau kira2..setahun 3 4 kali je beli...online pun sma...rasa nk menyimpan..tp bj anak..pantang jumpa..hahaha

Liyana said...

eh akk pun sama gitu.. klu nak beli bayar cash tu aduhai bercinta.. cuba beli online.. klik2 settle. padahal sama je .. adehh