Wednesday, January 14, 2015

Ambil lesen motor & Cerita Naurah! :)

Assalamualaikum.

Dah 2 hari aku lewat masuk ofis sebab jem menggila gara2 budak dah masuk school. Adoiyaii *(&&*%^% 

Dan aku pun dah berkira-kira nak ambil lesen motor lepas tu nak beli vespa scooter. 



Ini serius. Why not kan? Macam2 nanti boleh jimat dari segi minyak, tol & paling best tak payah nak hadap jem hari2 kot. Jem gila ok bukan takat jem sikit. Tapi tu la perasaan takut ada je. Pandai bawak motor takat kat kampung boleh la lagi. Ni kat bandar seram-sejuk jugak. Tapi tu je solution yang terbaik aku rasa. Hmmm -_-

Naurah dah masuk 8 bulan. Big girl sangat anak dara I tu. Paling buat mamanya kelam-kabut bila dah tak nak duduk dalam carseat masa nak hantar kat nursery. Kalau dulu letak je dalam carseat bantai tidur. Sekarang tidak lagi ye, siap nangis suruh dukung lagi. Dah besar sangat la tu. Paling lawak bila Naurah nangis mama pun turut sama nangis. Adoihaii tak sampai hati tengok anak meraung2. Tu yang aku berhentikan kereta turut sama nangis. Kesudahnya sekarang pi kerja sama2 dengan husband. Sama2 hantar Naurah, sama2 ambil Naurah. Baru mama tak haru. Dah faham bahasa sikit nanti ok lah kot letak dalam carseat balik. 

Gambar Naurah kat school. 



Teacher Naurah ni hari2 akan send / update segala macam pasal Naurah taw. Rajin sangat. Tip top! Tak suruh WhatsApp gambar pun taw2 dah send pictures & bagitahu….. 

‘ ...Naurah dah mandi…’ 
‘…Naurah dah makan…’ 
‘...Naurah dah bangun tidur…’ 

Haha best sangat! Rasa macam ada sekali dengan anak kita. Lama2 aku jatuh hati dengan school Naurah ni. Professional, tempat bersih, bersih & bersih. Apa lagi ye? Everything is ok la Alhamdulillah. Berbaloi 380 suami bayar yuran. 5 bintang terus boleh bagi. Hihi :PP 

Btw, menjelang Naurah 8 bulan ++ ni berapa kali ek nak bagi makan sehari? Iolss bagi 3 kali sehari. Breakfast biskut – lunch bubur – dinner bubur. Ke nak tambah 4 kali sehari?



No comments: