Wednesday, January 28, 2015

Isnin EL



Assalamualaikum.

Cerita tertangguh hari Isnin baru2 ni alkisahnya aku ambil EL sebab malamnya tu Naurah terjaga & nangis – terjaga & nangis ada la 3-4 kali. Sebelum tu demam tapi dah elok lepas jumpa doktor. Kami suami-isteri gelabah la sebab takde experience macam ni. Before ni kalau baik demam ok2 je tak lah merengek ke apa ke. 

Time pagi – siang elok je budak kecik tu. Elok je main2 dengan mama abah. Elok je semua benda! Haaaa! Ni saja nak manja2 la ni ye. 

Dah alang2 kami cuti tu aku pun ajak husband settlekan semua benda. Ambil roadtax kereta, bukak akaun Maybank. Aku dah ada Maybank ye, senang orang nak beli Nour Ain or Shaklee transfer kat Maybank je. Dah tu customer suka lagi Maybank dari Cimb. Sanggup ku buat akaun baru demi kamu2 hehe.. 

Update jugak untuk ASB. Ingat nak pergi hujung tahun hari tu. Bulan satu jugak yang lepas nak pi update. Alhamdulillah banyak jugak la hasil menyimpan ku selama 5 tahun kerja ni. Wow!! Heeee. 

Pergi jugak ke Tabung Haji (TH) nak update buku. TH tolak dari gaji terus. Eh ASB dengan TH aku tolak siap2 dari gaji. Senang tak ngelat nak nyimpan duit. Tu yang setahun sekali baru pi update. Alhamdulillah rezeki ada je tu tak pernah lagi godek2 simpanan. Tak pernah lagi la nak cuit2 duit situ. Tengok2 ada duit dalam tu Alhamdulillah. Tak lupa jugak bukak akaun TH untuk Naurah. Alhamdulillah lepas hajat nak buatkan TH untuk dia. Esok bawak mama abah pergi haji ye :) Asyik tangguh nak bukak buku dia last2 nak masuk 9 bulan usia dak kecik tu baru bukak. 
















Sambung balik cerita pasal Naurah.


Bila malamnya benda yang sama terjadi terjaga & nangis – terjaga & nangis 3-4 kali. Senang cerita tak nyenyak la dia tidur. Last2 aku tak larat nak mengangkat dari dalam baby cot ke katil kami. Tidurkan je dia kat katil. Menyempit la kami suami-isteri  tidur. Dah biasa tidur takde Naurah kat sebelah, lapang Je. Ni sempit2. Hee sian dak kecik tu. 

Bawak hari kedua, ketiga malam2 benda yang sama terjadi. Sampaikan aku fobia bila dengar Naurah nangis sebab kesian ke dia. Lepas tu perasan sangat dari dia suka makan, suka susu then dah kurang sesangat :( 

Alhamdulillah masuk hari keempat Naurah dah baik. Dah ok. Sampaikan bila nak direct feeding tu tak cukup2 susu. Dah tu nak susu aje kerjanya. Haa mana mama nak carik banyak susu macam dulu? Wuuu. Dan start malam tadi Naurah dah tidur balik dalam baby cot dia. Mama abah juga bahagia tidur berdua kembali. Hihi.. Tak taw nak buat kesimpulan apa tapi mungkin silap aku sendiri, kurangnya waktu mengaji. Dah tu hantar anak ke nursery betul2 Subuh, balik nak Maghrib. Yelahh baby ni kan suci sangat. 


 


Ps : Jom set minda, otak. Lepas tiap waktu solat mengaji satu muka surat pun da ok.

No comments: