Friday, February 13, 2015

Banyak Berbelanja di Hari Jumaat

Assalamualaikum.

Banyak sangat aku berbelanja hari ni. Ditambah-tambah Jumaat pulak tu, rehat dua jam pulak tu. Merayap sana-sini terbeli macam2 -_____-“! 

Dimulai dengan pagi tadi, tak beli breakfast pun. Singgah kedai husband capai nasi lemak daun pisang terus gerak pergi kerja. Hihi ! Jarang sebenarnya aku bungkus makan dari kedai husband :P

Sampai ofis kawan ada jual sambal bilis hijau. Alaa yang famous, sedap meletup tu. Memang sedap kan.. Ratah macam tu je tak payah makan nasi pun takpe. Satu tepawe segi empat sama RM 7. 
 
Padahal boleh je buat sendiri kat rumah. Senang lah sangat. Tapi nak jugak beli tu. Hmmm.

Lepas tu kat ofis ni memang tiap Selasa & Jumaat ada roti / kek orang jual. Aku dah dua minggu kempunan coklat cheese kek sedap ni. So, beli la RM 10 untuk satu kek. 

Bila la nak ada microwave, nak buat sendiri kek kat rumah.

Tiba waktu tengah hari, keluar lunch rehat dua jam. Ofis ni kan memang sebelah je dengan Shopping Mall. Nak2 pulak dekat dengan Chinese New Year ni lagi bersepah hoi sale. Ada sale Anakku, rembat sweater untuk Naurah. Memang kena beli sweater ni sebab sekarang hantar Naurah ke nursery naik motor (entry lain) Sale 60% baju ni dari RM 79 ke RM 23. Murah hoi ! Nasib aku bayar laju2 sebab nak pi makan kalau tak mahunya terbeli skirt, jeans pebenda segala bagai untuk dak Naurah. Tanya sampai bila sale ni.... 1hb katanya. Lama lagi tu. Hehh! Kuis2 duit jap nak beli lagi -_____-“! 

Lepas tu makan kat Noodle Mee total RM 12. Hmm mahal jugak kot untuk aku sorang makan. Huu! 

Tak sengaja tersinggah pulak Butik Guess. Ada jugak sale! Waaa terbeli jugak wallet baru. Sale sampai 60% dapatlah RM 67. Okla tu kan.. Lagipun wallet lama ni dah berkarat sangat. Warna cerah pulak tu mana tak cepat kepam -__-“! Wallet masa hantaran kahwin.. Nak dua tahun dah tak berganti. Haha! Awal2 lagi dah WhatsApp husband mintak ganti balik duit beli wallet. Tapi actually bukan wallet tapi ala2 pouch aku beli. Senang sumbat semua benda :PP Next week or next two weeks nak pergi Guess lagi geram je tengok handbag tengah sale. Sale sini pun sampai 1hb. Aku jenis pakai handbag sampai lunyai, so rasanya dah boleh beli sangat dah tu. Haha! 

Hampir nak beli Big Apple untuk husband jugak (his favourite) tapi tutup sebab renovate. Nanti la balik kang cari, dah niat nak belanja dia sebab sekarang hari2 hantar aku pi kerja (entry lain) 

Cerita hari Jumaat.

Ok bye!





1 comment:

Maria Hasun said...

Seronoknya Sale. kat mana?