Sunday, March 15, 2015

Beli Samsung A5


Assalamualaikum.

Alkisahnya semalam beli jugak aku fon baru. Dah banyak kali kan aku cerita yang fon aku bermasalah. Pejam mata je la kalau on the sport membeli benda2 yang agak pricey sikit ni. Yelaa kalau macam dah plan nak beli bulan depan ke.. bulan Jun nanti ke.. boleh la sediakan duitnya siap2. Dahh tu hazabb betul Samsung Galaxy Note 3 aku tu. Masih dalam warranty lagi pun dah rosak. Tak boleh on la... bateri panas, fon panas. Apa keheyynya kan? Orang lain pakai fon dua tahun pun belum tentu rosak lagi. Nak tak nak kena beli baru sebab semua customer Nour Ain / Shaklee WhatsApp no tu. Takkan nak bagi no company pulak.

Hmm..

Nak katakan tak jaga fon aku memang jenis menjaga barang jugaklah. Memang cantik lagi fon tu 9 per 10 boleh bagi. Tak pernah over cas, tak pernah cas malam. Kalau ada lagi bateri takkan sesaja la nak ngecas. Tu la kalau barang elektronik ni ada silap sikit rosaklah. Macam jugak kereta orang kata Proton mudah rosak enjin.. alaa Perodua pun ada bad dia jugak. Kui kui kui...

Aku pun tak taw macam mana boleh terbeli Note 3 tu tahun lepas. Dah lah mahal. Nak kata minat gegila gadjet ni, tak jugak. Haha ni kes terpengaruh dengan laki sendiri letew :D

Bila pikir balik membazir jugak beli fon memahal macam tu sebab tak sepenuhnya kita pakai. Ada ballpen pun tak pernah guna, nota2 dia ke, tak pernah pakai jugak. Nak copy paste pun tak reti. Yang aku taw FB, Twitter sikit2 & more Instagram & bergambar. Haha tu je la! Takk ke membazir? Padan muka sendirikkkk.

So, semalam singgah The Mines beli Samsung A5. Aku rasa dah kena sangat dengan jiwa aku fon tu even tak semahal macam Note 3 tapi asal kamera cantik dah ngam untuk aku. 13 megapiksel. Cun dah tu! Dan tak membazir untuk aku yang tak berapa pandai nak guna fon cecanggih gitu. Tu je la guaa nak promote. Dah jom godek fon baru.

Fonn baru, kaler gold. Sapa2 yang teringin nak beli fon & bajet sederhana aku suggest sangat A5 ni takpun A7 cun jugak. Gambar clear, 13 megapiksel. Ada 4 pilihan warna hitam, putih, silver & gold. Nipis lagi dari Note 3. Dan yang ter-latest jugak selain Note 4 :)

Ok dah habis promote bye.

2 comments:

Anonymous said...

HAI AKAKK. ERM.. BEST TAK FON TU.. OK TAK. INGAT NAK BELI JUGAK. AKK BELI KAT KDAI MANA SATU YE MINES TU. SEBAB SKRG NI BAYAK YANG TIPU.. BERAPA HARGA? SORY BANYAK TANYA

.hasina. said...


Anonymous :

hai :)
best fon A5 ni lg2 part kamera. mmg tip top. cantik sgt gambar..
and price pun sgt2 ok. boleh la beli hehe :)

kat mines, booth kecik2 tu kan ada nama samsung, yg kat corner tu.
In Shaa Allah mmg original sbb org tu terus ambil
kt 'kedai samsung' yg betul2 yg besar. dorng sama je sebenrnya :)
sama kedai