Sunday, March 1, 2015

Bonus & #secondanniversary

Assalamualaikum.

Hari ni hari free even kelam-kelibut jugak pepagi tadi rushing nak pergi kerja. Seminggu lepas raya cina itu hari sunyi-sepi je jalan. Ni tidak lagi ye. Kembali jem sesangat seperti dulu. So sad :( Lepas je hantar Naurah ke school terus minta suami hantar naik motor. Cepatlah sampainya tapi tang pinggang sakit sikit. Hmm!

Alhamdulillah baru je dapat bonus. Belum decided lagi nak buat apa, means tak taw nak beli handbag baru or gelang emas or tukar sport rim kereta…bla bla…. Ikutkan hati nak aje simpan duit tu. Sebab bukan kaki beli handbag & simpan bebanyak koleksi beg. Hahaha not mine. Jenis kalau satu handbag tu pakai sampai lunyai, koyak2 baru mintak suami belikan baru. Bukan tukar2 macam kalau pi kenduri ada beg lain, pi kerja pakai beg lain. Ehh bukannnnnn. Dan bukan juga penggemar gelang emas. Means lengkap ada gelang tangan, gelang kaki, earing, rantai. Ohh cukup dah tu. Yang rajin beli online baju kat Poplook 50 hengget, tudung SBU & serba-serbi baju, kasut Naurah. Haha tu je la yang rajinnya! Apa pun kena sentiasa bersyukur dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Tak kira lah rezeki anak, rumah, kereta & paling penting kebahagiaan!

Oh yaa bercakap tentang kebahagiaan Iolss baru je sambut anniversary wedding tahun kedua semalam. Hee lucu je rasa. Bila dah rasa nikmat berkahwin ni kan rasa rugi je tak kahwin awal2 lagi. Sedap, seronok & bahagianya hanya Tuhan je yang taw. Haha! Krikk krikk.. Belum lagi pun celebrate anniversary nya… nak holiday panjang ke bagi present besar2 ke semua belum lagi. Cuma wish dengan syahdu, peluk2, ciommolot tu of course la! Ahahaha! Sorry Iolss betul2 love him so much. Forever! Ikut planning kami nak celebrate anniv ni dengan berholiday sakan cuma tak decide ke mana. In Shaa Allah dalam masa terdekat ni kena pergi jugak. Tehee! Alhamdulillah weolls suami-isteri & Naurah bahagia sesangat. Bahagia dengan penuh kesederhanaan. Tiada serba-serbi mewah sebab nya husband memang tak ajar hidup mewah2. Apa yang ada kita bersyukur sahaja. Alhamdulillah.


1 comment:

cik mah said...

Smalah..cik mah pun 1 je handbag..pkai sampai hancur..hahaha..gelang pun mcm tu..cukup 1 je..slalu bonus guna sikit utk bercuti ngan hubs n azwa..