Thursday, March 12, 2015

Crocs Ada Sale Buy One Free One!!

Assalamualaikum.

Minggu lepas ada la sorang ofismate ni dok gembur-gemburkan kat Crocs ada sale buy one free one. Aku bukan la peminat Crocs tapi sebab macam menarik pulak kan buy one free one tu, balik kerja bagitahu suami nak beli. No respon je dari dia. Biasa la masing2 penat balik kerja tetiba nak cerita pasal shopping. Haa nanti dulu nanti dulu. 

‘’... buatkan abang sekopi dulu Mah... “ 

Hahaha! 

Esoknya jalan2 cuci mata, cuci duit jugakla kan kat Jusco je pun. Beli itu ini & tetiba masuk kedai Crocs. Kata beli satu percuma satu terus ringan je kaki memasing masuk situ. 

Suami ambil satu selipar kaler hitam, nazak bebenor dah selipar katanya.


Selipar baru suami. Not bad, cantik jugak & simple.

Time nak pilih kasut aku punya la susah. Yang berkenan takde size. Tapi sebab murah kena paksa pilih jugak. Nak beli untuk Naurah, alahaiiiii kocik laie kaki kan. Berjalan pun tak pandai lagi. Tu nanti2 lah abah belikan kemudian ekk. 

So pilih la warna purple ni. 

Selipar baru isteri.

Biasa2 je pada aku tapi sebab nak kejar free ambil je la. Kesudahnya sampai sekarang tak usik lagi kasut tu. Padahnya kalau beli benda yang tak minat. Dan jenis aku jugak pakai handbag / kasut sampai lusuh baru berganti. Kecuali baju & tudung / shawls la. Haa yang tu sangat silih berganti. Huhu.. Esok lusa ada kenduri mana2 kena pakai jugak Crocs tu. 


Ps : Peminat Crocs cepat serbu kat mana2 kedai Crocs!! Berbaloi ok tapi tak taw la sampai bila sale nya.


Bye!

1 comment:

Liyana said...

meh bg kat akak. haha. tp akk pun x bape minat sgt crocs :D