Sunday, April 26, 2015

Deco-Deco Rumah - Part 1



Assalamualaikum.

Tak senonoh betul rasanya dah dua tahun kahwin tapi belum nak deco-deco rumah. Padahal dah ada rumah :)

Alhamdulillah murah rezeki sebulan lepas kahwin terus duduk rumah sendiri :)

Deco means, tang tu je lahh belum ada ubah apa-apa lagi. Ubah pun secoet, lepas tu lama berhenti buat benda lain. Buat benda lain tu macam every weekend busy pergi sana sini. Hehh sampai hiasan rumah pun terabai -_-“ 

Dah perasan rumah sendu baru terhegeh-hegeh cari catalog Ikea. Haha! Sekarang ni baru datang semangat berkobar-kobar nak ubah macam-macam yang penting ikut kemampuan sendiri. Takde pun nak konsep English Style cuma aku prefer segala-galanya warna putih suci wangi giteww. Kalau husband pulak suka gabungan merah hitam. Hari tu pergi Ikea bergaduh pulak nak beli rak hitam ke putih. Last-last rak hitam jugak yang menang. Ceit -__- 


Rak macam ni. Impian aku warna putih tapi suami nak warna hitam. Layankan je lah. Malam ni baru nak pasang.

Tapi style kami suami isteri hias sikit-sikit dulu, beli ikut yang mampu, next month baru beli part lain pulak. Bukan sedebuk taraaaaa rumah kau indah mewangi. Ohh bukan. Kering-kontang tak berduit pulak kami hujung bulan nanti -___-“ 

Sekarang ni dah ada Naurah kena terhad meng-deco rumah sebab bila nak pasang itu ini je, terkedek-kedek beliau datang kat kami. Macam malam tadi tak jadi nak gantung tv sebab tengok beliau terkedek-kedek datang tu rasa comel sangat. Dah la kecik orangnya. Hehe melting kami suami isteri. 

Nak start dari mana ye?

Mungkin start deco dari ruang tamu kot. Apa-apa pun kena jimat-cermat & lebihkan DIY. Rajin ke? Hihi. 








Ohh ya jawapan untuk nak holiday ke tak di Terengganu tu? Dalam entry ini. 

Hmm jadi okeh !


2 comments:

Liyana said...

bestnye ada rumah sendiri

cik mah said...

Seronoknyer dah ada rumah sendiri..aaa..bila mengemas pun terkedek2 je dtg..mcm azwa juga..