Friday, April 3, 2015

Entry last pasal gst

Assalamualaikum.

Janji ini cerita gst paling last. Sebab nak merungut macam mana pun memang kena hadap kan benda ni.

Lepas lunch tadi jalan ke The Store, supermarket sebelah ofis ni. Beli biskut Naurah, spoon & fork baru untuk dia, wet tissue & Cerelac jugak. Semua ada gst, pecah kepala. Zzz! Terus rasa nak cancel beli tu semua sebab banyak pikir pasal gst lah ni. Terpikir balik kang je beli dengan suami jimat sikit duit aku. Sebab before ni time lunch kalau ternampak apa2 yang kena beli aku beli je tak pikir pun suami patut beli ke.. sebab senang semua benda ada kat sebelah ofis. Malas nak berkira. Balik2 kerja terus boleh pakai. Mana nampak beli. Hmm.. Laa ni tak boleh beli sewenang-wenangnya. Balik kang suruh husband beli pampers & sabun pencuci Naurah pulak. Harga pampers? Lagi lah mahal -_-‘! Nasib la time beli tadi istighfar banyak2 & sebut ini semua untuk Naurah. Keperluan Naurah & bukan kemahuan mama abah, bukan untuk mama bukan untuk abah. Sejuk sikit hati bila sebut barang Naurah. Tapi memang betul pun everything semua untuk anak. Tapi benda penting2 la kan. Macam biskut tu, memang tiap pagi & petang dia akan makan dulu. Lepas tu baru makan nasi.

Barang yang dibeli tadi. Semua untuk Naurah kan? :) Jangan ditanya kenapa beli Cerelac tu. Esok nak holiday keyhh tu beli makanan instant je :PP
Aduhh sakit kepala, nak pitam, semua rasa ada. Sorry asyik cerita pasal gst. Janji cerita terakhir pasal gst.

 Bye!


1 comment:

Putri said...

Saya pun pening dgn gst.susu anak pun dh naik harga 2 rgt sekotak.pampers lagi lah...nasib baik anak yg sulung dah toilet training..so x pakai pampers.cuma tinggal adik saja.bila harga barang naik..terpaksa cari alternatif lain.nak kurangkan susu..x sampai hati..jadi terpaksa jimat kat pampers