Wednesday, April 1, 2015

GST, Merempit & Naurah Suka Makan! :)

Assalamualaikum.

Semalam start GST tension je bila nak beli puting botol susu Naurah tengok2 dah ada gst. Terus tak jadi beli. Tunggu beli dengan abah dia ler nampaknya. 

Pandai2 lah engkorang semua nak berjimat-cermat membeli-belah lepas ni termasuklah aku. Ada jugaklah benda2 yang syarikat tanggung gst keseluruhan sebab tak nak customer lari kot. Haha! Contoh macam Mydin, tudung Fareeda, Aidijuma & Poplook. Krikk krikk. Tapi totapla kena berhati-hati. Pandai-pandai ler saving kan. 

Aku sekarang pi kerja-balik kerja naik motor. 


Haha merempit la kami laki-bini ke Shah Alam. Jimat sangat. Triple jimat Alhamdulillah. And laki Iolss tu seronok jugak nak hantar bini dia. Bila kata nak naik kereta je tak nak dah dia, seronok lagi nak bawak motor. Alhamdulillah terima kasih sayang :) Cuma kadang tu ada la sakit kepala sebab cuaca tak menentu kan. Kejap panas kang time nak balik kang hujan selebat-lebatnya pulak. Kami dedua redah aje kalau hujan pun demi tak sabar nak jumpa anak. Kasih sangat pada anak sulung kami tu

Cerita pasal anak, Naurah makin bising mulutnya. Halus je badan budak kecik tu tapi dah pandai nak manjat sofa. Tapi gigi takde lagi. Kita follow je perkembangan anak ni kan. Biarlah orang nak kata, Naurah kecik ke.. lambat nak tumbuh gigi ke.. kata itu ini. Aduhaii bersabar je aku mendengar orang keliling cakap itu ini. Ada je tak betulnya. Apa nak lahir2 dah tumbuh gigi ke macam mana? Lahir2 nak terus jalan ke camne? Sabarlah... sampai masa berjalan ler anak aku tu. Baru 10 bulan kot. Annoying sangat orang keliling ni. 

Naurah ni macam2 sangat nak makan. 

Suka makan buah even gigi takde tapi dok nyonyot je tu. Rasa manis2 buah pun dah suka dia huhu!
Semua nak masuk mulut especially nasi. Haha suka sangat nasi lauk sayur. Tapi susu kurang & aku masih gigih lagi dok ngepam kat ofis. Naurah belum campur susu formula lagi. Fully breastfeed Alhamdulillah Allah murahkan rezeki untuk Naurah. Dah niat kan nak fully bf sampai dua tahun :) 

Cakap pasal Naurah kuat makan ni time wedding adik ipar hari tu ada la sorang hamba ni yang bagi Naurah ais krim. Adoii berbulu je mak menengoknya. Aku pun tak pernah bagi macam2 kat Naurah. Punya la nak pantau pemakanan dak kecik tu.. tup tup dibagi pulak ais krim. Tunggu la dia dua tahun dulu, paling busuk pun setahun lebih ke..nak makan macam2. Haihlaaaa! 

Ehh jap. Lelama aku taip entry ni rasa nak marah pulak. 

K bye~!


2 comments:

Liyana said...

rindu plk nak merempit tengok awk pakai helmet hehehe

elok la gigi lambat tumbuh.. nt cepat rosak hihu. Faiq dulu 5 bulan dh ada gigi 2 btg. kemain cepat. skrg dah macam kuning2 gigi dia. mak iz risau tahap gaban sebab payah sungguh nak ajak dia gosok gigi hmmph

zeera lily said...

agak tak suka bab org bagi aiskrim tu..
agak2 kalau org tu mcm nk meracun ank kite benda2 tak elok.. sy amik letak tepi.. biar sentap sikit..