Sunday, April 19, 2015

Nak pjj tak?

Assalamualaikum.

Weekend lepas aku balik rumah mertua. Biasa lah rumah dekat2 ni ke situ je la Sabtu Ahad kami -___- Tapi Sabtu pagi tu husband pi kedai dulu, kerja. Aku dengan Naurah dok bergolek depan tv. Iolss sejak kahwin memang jenis tak rajin turun kedai :P Suka lagi dok rumah hadap tv, memasak & mengemas rumah. Lagi2 dah ada anak ni syokkk uhh berguling dengan anak :) Dalam petang2 tu husband call tanya nak makan apa, dia nak balik kerja dah. Dalam fon sempat lagi borak cakap yang biras (adik ipar baru) dari pagi tolong kat kedai. Bungkus nasi lemak, ambil order. Aku bini dia tahu zzz je kat rumah. Haha! Takpe la yangg, dah memang style isteri awak ni prefer dok rumah dari datang kedai. Huhu.. Tapi makin lama aku memang ngam dengan biras. Baik orangnya takde masalah nak story macam2. Boleh geng! 

Selalu culik Naurah huhu... Dari gaya suami isteri ni memang suka budak2. Mudah-mudahan lepas ni your turn pulak dapat baby. Amin In Shaa Allah.

Ohh ya diorang ni pjj, sorang kat Rawang, sorang kat Ganu. Sedih je kan kalau pjj, berjauhan dengan suami. Pengantin baru pulak tu. Kalau aku tak boleh dah. Sendu rasa kena tinggal dengan suami ni. Paling lama pernah kena tinggal pun time pantang dulu. Minggu pertama pantang, nangis2 kerinduan call suami. Tiap malam wehh macam tu. Mengalir-ngalir ayaqq mata. Orang tak pernah berjauhan, gitu la. Tapi minggu last berpantang makin seronok pulak dok kampong. Sebab ada anak depan mata plus malas nak kerja. Huhu.. tapi kan kalau husband ada peluang dapat kerja jejauh sebab ada offer lagi better aku rasa dah bersedia kot untuk berjauhan. Ni semua untuk masa hadapan lebih cerah. Amin In Shaa Allah.

No comments: