Monday, April 20, 2015

Warung Pak Nong memang best!



Assalamualaikum.

Semalam balik kerja suami story yang dia marathon baca entry kat blog aku. Kalau busy sangat memang dia lupa kewujudan blog sendu aku ni  -____-

Lepas tu sibuk kondem cakap aku hipkorit la bla bla bla.. Eeee cari gaduh sesaja dia. Huhh.

Masa kami suami isteri lepak2 sambil tengok tv suami ada ajak holiday ke Ganu hujung bulan ni, nak makan apa warung yang famous amos tu. Warong Pak Nong kan. Kalau jadi pergi kali ni dah second time ke sana. First trip pergi kat entry yang ni aku pernah up. Baru je lepas kahwin masa ni & pregnant 3 bulan kot. Aumm! :) Hehehe! 
 
#throwback



Memang sedap2 belaka makanan kat warung tu. Paling win sotong goreng tepung la. Sotong memang besar2 kena laju pilih kalau tak cepat je habis. Dan terpaling favourite kami suami isteri dah tentu satar! Masa tu banyak gila kami makan satar! Makan tak hingat! 

Otak2, satar, teh tarik. Ehh semua ada! Kepok lekor pun jadi sendu bila ada segala macam yang dicelup tepung. Hahaha sodap!



Rasanya Cik Epal pun baru up entry pasal Warong Pak Nong ni. Tapi the problem sekarang aku macam malas nak pi Ganu tu sebab 1-4 Mei ni kan cuti sambung2 & banyak wedding. Wedding sedara-mara pulak. Macam tak patut tak pergi. Tapi macam rugi pulak husband da beriya ajak nak holiday. Kesian jugak ke dia.. sebab memang nak sangat makan kat Warong Pak Nong tu. Hmm.. Tadi pikir balik macam nak pergi hari lain. Kot dia nak... kot dia dah tawar hati.. dah tak nak pergi haha rugi je aku kan.

Nak pergi ke tak..... nak pergi ke tak..... hmmm!


No comments: