Monday, May 18, 2015

Nawal Naurah Turns One! Alhamdulillah :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah 13 Mei 2015 genap Nawal Naurah, Puteri Sulung kami setahun. Pejam celik je tetiba dah membesar. Rasa macam baru beranak, tengah meneran sambil nangis sambil tengok jam. Haha pikir balik kelakar pun ado. Tetiba anak dara dah godang, dah boleh panggil mama abah. Yayy!

Ada lah sedikit majlis sambutan hari lahir dia hari tu. Jangan tak ada je majlisnya. Anak sulung kennn gitew ler :) 

Tempat memang aku saja suggest buat kat kedai husband, Risya Steak House sebab tak nak kecah-kecah rumah. Sebab senang segala benda ada. Pinggan, sudu, cawan dah ada. Pekerja nak cuci pinggan pun ada. Kekeke :D

Gambar kat bawah ni secara rawak. Aku main upload je sebab malas nak susun2. Gambar pun gelap sikit sebab majlis birthday buat petang sampai malam :)


Sorry la, mak beranak sorang ni takde mekap apa pun. Secalit bedak pun tak pakai sebab busy sesangat. Bukan senang oi nak atur majlis segala ni. Baru mak taw. Perghhh!

Naurah dengan cikya nya (adik bawah aku) Ohh ya, crown Naurah tu memang aku beli untuk pakai time birthday. Elok plak tu dari awal sampai ke sudah majlis dia pakai. Semua kata good2 sebab Naurah tak cabut langsung crown tu. Sesetengah budak dah tarik2 kan. Tak rugi mama beli. Hihi..

Anak buah sulung. Naurah nombor dua! (belah family aku la)

Alhamdulillah banyak hadiah Naurah dapat. Yang paling banyak dapat baju. Settle bab baju raya. Memang tak payah beli la. Semua ada. Dress, seluar bunga2, baju tido, legging, tight, shirt. Ahaha mak pun suka!


Belon2 helium ni semua mak sedara dia yang beli (adik ipar) Iolss beli 3 jeww belon helium. Hihi

Sebab aku tak pegang fon so mintak ihsan dari orang lain je ambilkan gambar. Tak banyak gambar bertiga, yang ada pun suam2 kuku macam kat atas ni. Kah kah kah. Jadilaaaaa. Dari takde langsung kenangan tu kan? :)

Hahaha kek simple ni aku yang tempah. Memang sesaja nak yang simple. No teddy bear, no dua-tiga tingkat, no gambar Naurah. Yang penting sedap.

Suka tengok Naurah time ni. Dengan adik ipar aku yang baru kahwin hari tu. Oh yaa, my biras udah preggy ya. 5 weeks already. Alhamdulillah buat kawan2 Naurah la tahun depan :)


Ada dua kek :) Yang satu lagi tu adik ipar buat kan. Adik ipar sorang tu memang terror gila bab baking ni. Nasib ada dua kek sebab jemputan ramai sangat, Alhamdulillah. Kek, makanan semua habis licin. Abang dengan adik aku yang last datang terpaksa Iolss order lamb chop & nasi lemak sebab dah licin semua benda. Goodies Iolss pun licin jugak. Yayy!! Tak membazir langsung. 


Segala semua benda kat atas aku yang DIY, kecuali tulisan birthday tu. Rajin ke tak? Sapa cakap aku tak rajin meh sini aku libas :P Haha!

Sebelum acara start. Time ni tengoh deco2 lagi. Tapi dah ada yang datang excited nak meraikan birthday anak dara I.

Menu masa malam tu :
  • Kambing bakar
  • Ayam bakar
  • Nasi beriyani
  • Kari ayam
  • Laksa lemak
  • Nuget / hotdog
  • Agar-agar
  • Spageti
  • Oren jus
  • Tembikai

Patut ler my husband nak tambah lagi sorang baby, dah setahun anaknya. Haha In Shaa Allah sayang

3 comments:

Nursaila Norman said...

happy birthday Naurah! mesti pic ada dlm IG kan? nanti saila stalk kat sana..haha! saila pun kalau ikut bajet mcm takdeeee je. tp birthday 1st kan, asal ada kenangan. first kottt hehe!

Nursaila Norman said...

happy birthday Naurah! mesti pic ada dlm IG kan? nanti saila stalk kat sana..haha! saila pun kalau ikut bajet mcm takdeeee je. tp birthday 1st kan, asal ada kenangan. first kottt hehe!

Liyana said...

happy belated brthday naurah. auww nomel2 :)