Wednesday, May 6, 2015

Sale di SBU Sempena Hari Pekerja

Assalamualaikum.

Satu-satu ye aku cerita tentang weekend baru2 ni. Tentang cuti panjang Hari Buruh & tentang percutian kat Terengganu. In Shaa Allah semua aku karang baik punyaaa baru publish di blog. 

Jumaat cuti 1 Mei tu takde apa sangat pun aktiviti aku dengan family. Suami pi kedai, tinggal aku dengan Naurah je mengempeng berdua tengok tv. Tapi before tu dah siap2 suruh husband balik awal sikit sebab nak pi shopping baju Naurah. 

Dalam tengah hari tu adik ipar WhatsApp bagitahu SBU ada buat SALE sempena hari pekerja. Nak kirim apa2 tak? Haa tingg siap2 reply WhatsApp dia bagitahu nak tudung itu ini & skirt. 

Tak lama lepas husband balik tu macam nak ajak dia pergi SBU je.. haha terus cancel dengan adik ipar bab kirim-mengirim ni. Memang sangat2 SALE kat SBU tew. Dan disebabkan banyak sale & banyak jugaklah membelinya. Purchase RM150 ke atas layak apply member card. Haha dan-dan terus dapat kad. Lagi banyak lah membelinya lepas ni sebab tiap barangan for sure ada 10% & time birthday ada 20% jugak. Tak payah tunggu SALE lagi dah. Haha adoi! 

Bila husband tanya beli apa je... pung pang pung pang cerita.... kantoi spend more RM 150 sebab dapat member card kan. 2 helai blouse & 4 helai tudung dari SBU aku beli. Nasib laki mak tu ok je. Senyum ajeww dieerr :) Yang penting no gst SBU ni. Hihikk :* And hari ni masuk ofis beli lagi Bawal Exclusive dua helai. Haha! Siap WhatsApp husband, tunjuk gambar then kata hutang! Kah kah kegilaan melampau apakah ini? Maybe sebab period pain kot tu nafsu ke arah barang-barangan. Kah kah kah!

No comments: