Tuesday, June 23, 2015

Cabaran Ramadhan 2015

Assalamualaikum.

Siapa dapat baca entry pergi PD semalam angkat tangan? Iolss terpaksa delete sebab baru perasan keterseksian suami muehehehe.. Biasa la kalau pakai henpon ni takdan je main masuk gambar lepas tu tak reti nak delete gambar sesaja terus terdelete satu cerita. Perghh!

Macam mana dengan puasa tahun ni? Harap2 cemerlang lah.... Ingat lagi puasa tahun lepas banyak tak puasa sebab betul2 lepas pantang plus menyusu kan anak. Baby masa tu kecik lagi memang nak nenen je lahh jawabnya. Sampai tertinggal puasa den -_-"

Tahun ni plak cabaran betul bila masak untuk berbuka sambil dikacau oleh anak. Dah dapat kaki gitew ler. Tung tang tung tang kat dapur sekali tengok anak penuh dengan sampah. Rajin nau 'berkemas' Kadang tu kena tunggu malam baru beriya kita nak mengemas balik. Huhu urut dada je la. Cuma takat ni time bersahur tak bangun lah elok tidur nyenyak budak kecik tu.

And actually jugak hampir setiap hari Iolss berbuka puasa kat rumah mertua. Ada la berbuka kat rumah tapi kang kejap2 mil WhatsApp ajak berbuka kat sana. Adoiyaii T___T

1 comment:

zulhilmitempoyak said...

xsempat tengok. auchhh.. hahaha

sweet ada anak ni.