Friday, June 26, 2015

Checklist Suam2 Kuku Raya :P

Assalamualaikum.

Checklist raya suam2 kuku namanya ni. Ahaha! Jumaat hari ni boleh la jalan cuci mata kejap. Cuci mata je lahh yang mampu sebab belum gaji lagi. Pergi Plaza Alam Sentral, PKNS, Sacc Mall konon nak survey untuk raya tapi penat tak payah cakap. Dengan panas terik lagi. Dah sampai ofis baru hegeh nak baring. Penat sesangat.

Kat Sacc Mall tadi ada apa, Mood Republika ke apa ntah nama. Butik yang famous2 ada jual. Macam Cala Qisya, Neelofar, Benang Hijau. Ikutkan hati nak pergi kat Cala Qisya beli Maryam Kurong. Dah lama aim kat website. Tapi sebab tak gaji lagi pandang sebelah mata je la. Tudung Neelofar pun gitu. Nak jugak rembat selai-dua tapi apa kan daya.. Kalau tak tu dok kirim dengan orang je bila nak beli Neelofar ni. Last2 beli tudung kat Benang Hijau selai. Tu pun sebab nak pakai esok ada Iftar dengan company. RM 19 je. Hihi..

Untuk baju raya aku cukup kot yang tempah hari tu. Cuma nak tambah lagi selai, husband dah janji nak belikan dekat2 raya nanti. Maybe cari jubah je lahh sonang. Husband pun suka tengok Iolss pakai jubah. Sejuk mata memandang katanya :')

1 comment:

Liyana said...

akk pun berjubah je thn ni... tp kena beli last minit sebab takut sangkut kat perut laks haha