Sunday, June 21, 2015

Mak Tetap Kecik Hati -___-

Assalamualaikum.

Aku nak sambung balik cerita pasal Naurah yang kena demam campak tu. Baca previous entry aku ni sebab pakai henpon je update Iolss tak taw nak link2 kan.

Hari Khamis minggu lepas aku dah start kerja since berhari2 dok rumah jaga Naurah yang kena demam campak. Tapi lepas je balik kerja tu ada WhatsApp dari teacher dia bagitahu ada parents yang tegur Naurah belum baik lagi tu campaknya. Takut berjangkit dengan baby kat sana. Means, baby tu anak dia letew. Naurah demam memang dah baik, tinggal parut2 je lagi. Iyee parut tu merah lagi aku taw. Tapi sebab demam dah baik & dia semakin aktif ke sana ke sini & aku sayangkan cuti juga so aku masuk kerja. Haa nak tegur2 anak orang pulak. Naurah pun berjangkit dari kengkawan sana juga taw. Tapi yelaa kita as parent memang risau sesaja pasal kesihatan anak ni. Macam kadang2 bila aku ambil Naurah pun tengok ada budak sok sek sok sek selsema aku dah pikir. Oi.. bawak anak balik laaa.. nanti berjangkit pulak dengam Naurah.. Haa gitu juga. Tapi kan walau macam mana pun aku tetap kecik hati. Dengan tak langsung Jumaat tu aku pun EL. Yelaa kita ok je jaga anak sendiri. Ehh takde masalah.

Alhamdulillah makin hari makin ok parut kat muka dia. Mak suka! ;)

1 comment:

Dhiera nadhirah said...

semoga naurah cepat sihat