Monday, June 29, 2015

Weekend Ke Bangi

Assalamualaikum.

Penat aku pikir apa cerita baru nak di update kat belog. Ye cerita weekend lepas belum karang lagi....

Takde menarik apa la sama je every weekend dok berguling dengan anak. Tapi paling heaven dua hari tu (Sabtu - Ahad) dapat berbuka sendiri dengan family kecilku kat rumah. I need more privacy please! Yess privacy.

***********

Aku suka betul kalau suami tanya ada nak pergi mana2 tak? Ahaha of course la jawab. Nakkk! Jommm! Tapi dalam hati berbolak-balik jugak sebab pikir sesak jalan lebih2 lagi orang dah gaji memang sakan la nak nyopping untuk raya. Tapi husband memang tak kisah sesak2 ni lagi dia suka. Baru mood raya datang katanya. Tapi aku kisah! Kalau boleh aku nak jalan sorang je baru aman.

Nak tak nak sebab kebosanan pergi la jugak kat Bangi. Bangi tu dah macam Shah Alam semua butik ada. Eee aku suka sangat pergi sana. Dekat pun dekat dengan rumah. Memula pergi Manjaku. Ntah kenapa since preggy memang aku jatuh cinta dengan kedai Manjaku. Tapi nak katakan murah tak jugak. Pergi sana tengok Pampers murah, susu pun murah. Apa lagi rembat je terus Pampers untuk Naurah padahal baru jugak beli yang kat rumah tu. Stok untuk raya lah katakan. Susu pun murah terus beli yang besar sebab dapat free tupperware. Power betul laki I tu sebab ada free tupperware pun nak beli. Padahal susu, Pampers baru sangat membeli. Aduhaii. Beli lagi dua pasang baju raya Naurah yang super duper murah. Dari harga Rm 79 ke Rm 34. Murah & cantik. Kalau ikut nafsu nak 3 pasang. YaRobbi nafsu sangat. Tapi memang cantik2 sangat tak dinafikan. Kain pun sedap lembut. Untuk budak ni beli baju raya lebih pun takpe sebab cepat berganti baju kan. Plus yang dah ada beli kat rumah, yang orang bagi hadiah baju time birthday hari tu. Amboi sakan sangat si kenit beraya tahun ni ye. Moga angpow pun dapat banyak la juga. Opss! Haha!

Dah settle untuk Naurah pergi SBU pulak. SBU memang tak tinggal, lagi2 dah ada member kad. Haha poning laki den! Tapi sebab nak penjimatan lebih aku beli selai shawl je. Ehekk.

Lepas tu aku ajak husband balik. Tak larat dah. Bulan puasa kan.. Dengan musim panas sekarang. Huhh! Tapi boleh pulak si husband suruh jalan2 lagi sampai waktu berbuka. Orang nak balik masak la uitt. Bab2 meneman bini ni memang dia sporting habis. Bab2 bawak berjalan memang respek sangat ke dia. Nak gembirakan hati isteri katanya. Aduhaii jatuh cinta lagi kita dibuatnya :)

Nak tak nak berjalan la ke deret Butik Cala Qisya, Bella Ammara, Minaz. Sederet tu semua kedai best. Ramainya orang tak payah cakap la. Boleh menangis weh. Dalam berjalan panas2 tu Naurah nyenyak je tidur dalam carrier bag. Menapak dari SBU ke sana sebab takde parking. Ingat nak beli jubah tapi takde size. Terlampau ramai orang menyerbu kot.

Balik dari Bangi singgah bazaar Kajang. Beli kuih koleh kacang fav suami & kuih bingka ubi fav saya. Dua2 kuih sedap sampai sayang nak habiskan. Haha! Lagi beli lauk kari kambing, ikan patin masak tempoyak semua ni request suami. Air tebu & tau fu fa. Erghh sedap sedap.

Ok habis. Penat rupanya menaip panjang2 pakai fon ni -___-'

1 comment:

Liyana said...

yes privacy please heheheh