Monday, July 27, 2015

Abah Jaga Naurah Kat Rumah

Assalamualaikum & Salam 12 Syawal. 

Sejak2 suami masuk kerja malam ni beliau lah yang ambil alih jaga Naurah. Hmm sado sangat abah. Sebelum ni hantar jugak kat nursery tapi sejak2 dah try suruh dia jaga satu hari, ok je nengoknya. Bersih je Naurah, kenyang je dak kecik tu. Aku pun teruskan suruh dia jaga. Tapi maybe next week tak kot sebab suami dah masuk kerja pagi macam biasa. 

Semalam teacher Naurah ada WhatsApp aku tanya Naurah tak datang school. Hehe aku pun explain macam2. Rindu nak kiss budak kecik tu katanya. Teacher2 kat school memang always care. Alhamdulillah.


Gambar Naurah aku curik kat FB teacher dia. Hahaha kemainn rajin dok upload gambar2 bebudak taska. Mak suka sangat :)

Hari ni suami jaga Naurah lagi. Pepagi dah WhatsApp tanya kenapa nasi goreng untuk breakfast pedas. Dah tu macam biasa lah untuk dia memang letak cili padi. Nak bagi Naurah breakfast jugak katanya. Lapar budak kecik tu. Adoii serba-salah aku. Terus janji dengan suami esok nak buat nasi goreng planta tak letak cili api. Dia ok je plak makan sekali dengan Naurah, tak nak pedas. Kalau tekak aku tak pedas tak boleh. Layan kan aje lah. Seronok kalau suami boleh jagakan anak ni. Tapi pagi2 aku dah kelentung2 memasak kat dapur. Part tu yang malas. Part yang best aku bawak tapaw sekali untuk breakfast kat ofis. Jimat jugak duit. Haha! Hari ni untuk lunch suami aku masakkan tomyam ayam, untuk anak ayam goreng, breakfast nasi goreng. Lepas tu masak nasi. Siap! Pagi kalau masak liat oi. Kang tak masak lagi serba-salah dibuatnya. Kesian suami & anak nak makan apa. Tak sampai hati nak suruh suami masak sendiri. So gigih ye pagi2 masuk dapur. Rasa macam masak untuk sahur pulak. 

Sejak suami jaga ni salah satu yang seronoknya bila aku masuk kerja terus je pergi ofis tanpa singgah2 nursery. Awal sangat pulak sampainya. Balik kerja terus sampai rumah tanpa jemput2 Naurah. Tak pening kepala bila dalam kereta sebab budak kecik tu tak nak duduk dalam car seat dah sekarang. Nangis2 tak nak. Kadang tu balik kena la beli something makanan dulu untuk buat dia leka. Tapi tak lama lepas tu mengamuk balik. Haha! Dan balik2 rumah je kena sambut dengan suami, anak. Naurah dok salam, cium2 pipi aku banyak kali. Melting betul kita dibuatnya. Rindu mama letew :D 

Mesti readers blog sendu aku ni pening kan... kejap aku naik moto, kejap drive sendiri. Haha! Actually mana yang senang nak ke ofis, kalau moto, moto lah. Kalau kereta, kereta lah. Kalau macam dah heavy jem tu kena la suami hantar naik motor tu pun ada jugak dia bebel sebab dia pun nak masuk kerja kan. Kalau macam sekarang ni tak hantar Naurah ke nursey boleh lah aku keluar rumah awal naik kereta. Tak jem sangat. Gitew.




Gambar raya baru2 ni.. Sibuk jugak mama nak pakaikan baju kurung huhu..

1 comment:

Liyana said...

bestnye ada anak dara hehehe