Thursday, July 30, 2015

Cirit-birit & Naurah pergi taman

Assalamualaikum.

Dah dua hari aku cirit. Berak cair. Naurah pun cirit jugak tapi semalam je. Siap muntah sekali dia time tidur. Kesian tengok & of course risau. Tapi dia dah ok aku ni haa yang tak baik2. Aku syak makan spageti kat Secret Recipe kelmarin. Aku pun ada suap Naurah sikit sebab tu dia pun kena. Suami tak makan, so dia sihat2 je. Serik rasanya nak makan kat luar lagi. Apa yang merisaukan bila cirit ni, hmm.. hmm.. I think I’m pregnant! Sebab period memang dah lama delay tapi tak check kat doctor lagi. Aku berani cerita kat sini sebab kawan2 takde pun yang baca blog sendu ni. Hihi.. And yang paling gembira dah tentu suami, dia memang nak sangat baby kedua :) Ok aku tinggalkan dulu cerita pregnancy ni sampai betul2 dah pi klinik check dengan doctor sama ada betul atau pun belum rezeki lagi.


Abah jaga Naurah, bawak jalan2 kat taman bawah rumah tu. Kesian sangat budak kecik ni kebosanan duduk rumah. Dengan suami sekali bosan. Hahaha! Suami aku tu jenis kalau takde isteri, tak nak jalan sensorang. Kalau aku boleh je kot haha!



Boleh dikira berapa kali je pi taman ni. Kolam renang pun dalam 5 kali je kot pernah mandi. Gym lagi lah tak pernah lalu. Haha punyalah busy tu. Kononnya!



Esok aku balik kampungku :P Baru raya hari tu balik, balik lagi. Haha! Sapa yang cakap macam tu semua nak jeles kan. Keh keh keh.. Bukan apa, next week sampai last day raya penuh je jadual open house. Semua aku nak pergiiiiiii. So, marilah kita balik kampung siap2 dulu hehe..

Nak sambung lagi cerita pasal raya tapi nanti2 lah. Ok.


No comments: