Tuesday, July 28, 2015

Naurah dah minum susu formula !

Assalamualaikum.

Aku dah start bagi Naurah susu fm masa umur setahun. Kiranya 11 bulan je yang dapat fully bf. Itu pun gigih sesangat aku dok pam kat ofis. Kadang2 tu kalau boss cuti atau pi site banyak kali aku ngepam demi nak buat stok susu bebanyak. Asal kat surau je muka aku asal kat surau je muka aku. Ahaha! Tapi kecundang jugak akhirnya. Niat di hati nak fully sampai ke dua tahun tak dapat. Bukan mudah ye untuk ibu yang bekerja ni nak fully bf baby. Nak menyampai ke 11 bulan breastfeed tu pun semput mak. Last2 aku campur. 

Nak start bagi susu fm tu pun jenuh jugak cari info2, google itu ini mana yang terbaik. Ada sesetengah pendapat cakap bagi fresh milk lagi ok dari formula milk. Ada sekali tu, aku pi Jusco kot.. saja nak usha fresh milk, mengikut pemahaman dari blogger ni & beberapa forum kata fresh milk lagi better sebab kandungan gula low. Aku cari, beli & aku sendiri try rasa. Tekak tak boleh terima rasa nak loya. So, aku cancel je lah nak bagi Naurah fresh milk. Haha padahal dia bukan taw apa sedap ke tak kan..



Fresh milk yang aku try tew



Ada jugak yang suggest susu kambing. Ramai yang kata selepas susu ibu, susu kambing paling bagus. Sebagai mak yang malas nak mencari (nak cari susu kambing wildan masa tu) & risau kalau stok susu wildan takde so.. hmm.. hmm.. bagi je lah susu fm. 



Susu Kambing Wildan. Ramai kawan2 taska Naurah minum susu ni.


Bila kat taska je aku bagi susu fm bila kat rumah masih lagi direct susu ibu. Alhamdulillah. Tapi makin lama makin banyak kerja kat ofis, makin merudum stok susu :( Masa tu dah pikir dah macam mana nak bagi susu fm kat rumah sebab Naurah mesti tak nak botol time kat rumah. Mesti nak tek je. Satu hari tu time nak ambil Naurah bersembang kejap dengan teacher dia. 

Naurah banyak dah menyusu sekarang ni. Berbotol2 minum. 
Ehh ye ke kak? Saya nak try la bagi botol kat rumah. Dia nak tak? 
Mesti nak punya...dia kat sini baru nampak botol dah sengih2.. belum buatkan susu lagi. 

Hahaha tergelak je aku dengar. Seminggu dua lepas tu aku try bagi susu fm. Ok memang Naurah nak je walaupun macam pelik & pandang2 mama dia kat sebelah ni. Dalam jeling2 aku tu licin jugak susunya. Sebulan-dua lepas tu memang dah biasa minum fm, tek tak pandang langsung ok. Cuma malam je kadang2 aku bagi tek tu pun digigitnya nipple kita ni. Haha! Dan aku rasa aku memang nak terus stop nenen ke dia sebab dia lagi suka botol kot. Botol lagi laju susunya berbanding susu aku yang makin lama makin kurang tew. Senang pulak dia nak wean off. Hmm.. hmm..



2 comments:

permatamama said...

tahniah dapat menyusukan anak anda sehingga 11 bulan.. Itu sudah satu usaha yang sangat baik

permatamama said...

sedapnya susu tu saya suka sangat