Tuesday, July 14, 2015

Raya This Year Is My Turn Balik Kampung! :)

Assalamualaikum.

Aku pagi2 lagi dah berdondang sayang. Sejak bangun sahur dok nyanyi lagu raya, lagu balik kampung. Lepas sahur sambil basuh pinggan sambung nanyi balik. Siap kena perli kat suami " ...amboi... happy nampak.. nak beraya kat kampung dia la katakan.. seronoknya nyanyi... "

Kah kah kah.

Dalam kereta otw nak pi kerja pun sambung-menyambung aku nyanyi. Sekali lagi kena perli. Alaa perli2 pun sibuk jugak nak pegang tangan tu :)

Memang pun aku tengah beronok-ronok nak balik kampung. Naurah dah pandai jalan pulak. Tak dapat bayangkan pagi raya nanti dok cot cet cot cet jalan raya dengan baju kurungnya. Alahaai omey omey je :) Tahun lepas baru je habis pantang sambut Aidilfitri. Naurah pun kecik sangat lagi. Nak buat gambar raya lawa2 pun tidur je kerja budak kecik tu.

Hihi seronok je aku gelakkan suami tak dapat nak celebrate first raya kat kampung dia. Awal2 lagi dah bagitahu suami jangan bising2, jangan banyak bunyik.. Aku sepanjang bulan Ramadhan ni hampir tiap hari berbuka dengam family dia. So bagi aku sakan pulak beraya taw taw. Haha redha je..

Esok dalam tengah hari dah gerak balik. Semoga tak jem.. Sebab hari ni pun jalan dah kosong. Kat ofis pun hampir semua dah start cuti. Alaa tak jauh mana pun Kajang - N9 kan.

2 comments:

Liyana said...

seronok eh.. akk raya belah husband tahun ni hehe

Dhiera nadhirah said...

sama lah. raya tahun ni turn kita gak balik kampung