Thursday, July 23, 2015

Selamat Hari Raya ;)

Assalamualaikum & Selamat Hari Raya semua ! Mohon maaf Zahir Batin.

Gambar di pagi 1 Syawal :) No sedondon this year? Sebabnya.. First jubah hitam suami tu cycle balik je baju lama. Nak tempah baju melayu dua tahun sekali katanya. Sebab tak pakai pun baju melayu waktu harian biasa. Second baju kurung Naurah tu mak aku yang buat. So tak kisah la warna, corak apa2 pun yang mak Iolss buatkan. Ku terima jek. Third baju aku tu last minit punya baju, ada kawan kat kampung yang tolong jahitkan. Kain tu pun adik yang belikan. Aku cuma cakap nak kain pink kosong. Tudung biru beli kat SBU RM 25 kot. Konon-konon nak kontra la baju dengan tudung. Baru cun. Kononnya! Haha nampak sangat tak kisah kan? Suami pun cakap aku jenis yang tak cerewet bab nak sedondon-dondon ni. Ehh ye ke? Macam salah je. Takpe kita tengok tahun depan punya raya. Sama ke tak baju kami :)

Hari ni baru masuk kerja. Haha lama tak aku cuti? Tu pun patutnya cuti lagi hari ni. Sebab sayangkan cuti, so aku mintak HR tolong cancelkan cuti untuk hari ini. Reason aku cuti lama2 adalah taska Naurah pun bercuti lama juga. Seminggu uolss. Aku tengok taska lain sampai Rabu / Khamis je yang tutup. Taska Naurah ni lain macam betul lah. Hmm! 

Hari ni husband masuk kedai malam so boleh lah aku datang ofis kerja macam biasa. Boleh dia tolong jagakan Naurah. 

Tahun ni aku & family sambut raya kat kampung belah aku. Memang ikut betul sistem giliran walaupun aku rasa nak beraya kat belah aku je tiap2 tahun. Haha! Takde lah meriah mana kat tempat aku tu tapi aku suka je, seronok je bila kat kampung sendiri. Pagi2 raya ketupat, lemang, nasi impit, kuah kacang, lontong, kari ayam, kek coklat, dodol, kuih raya sama ada tradisional punya, moden punya. Semua mak aku dah siapkan. Dah settle. And pagi2 raya memang wajib bangun pagi, pakai cecantik, pergi masjid, salam2, makan2, ambil gambar sampai penuh memori, mak lang-paklang datang rumah, mak ngah, kak ngah & semua adik-beradik abah wajib datang ziarah kat rumah aku dulu. Semua lengkap. Mana tak seronoknya?

Kalau kat kampung suami pukul 12 tengah hari belum tentu siap berpakaian cantik lagi. Semua serba–serbi lambat. Kadang2 mengadu juga kat husband, perut dah lapar tapi belum ada hidangan apa2 lagi. Nak masuk waktu lunch dah. Banyak sangat beza antara dua side. Haha larikkkkkk. 

Gambar raya banyak kat instagram Iolss ni ye. Hasina89

Thank you semua :)

No comments: