Wednesday, July 1, 2015

Semalam Cuti

Assalamualaikum.

Sorry la lately cerita aku membosankan. Ditambah dengan gambar yang berterabur. Jangan tak ada je update nya.

Semalam aku cuti. Memang awal2 lagi dah apply cuti sebab nak bawak my baby Naurah pergi cucuk kat kk. Huii lambat sangat cucuknya nak masuk setahun dua dah. Sampai2 sana tak boleh pulak nak cucuk sebab baru kena demam campak. Kan cucuk umur setahun memang untuk demam campak. Rugi je cuti. Dah la cuti tengah tak banyak. Adoiyaiii.

Oleh kerana awal pagi lagi pergi klinik tapi takde apa2. So ngajak ler dear husband pergi IOI Mall. Takde nak beli apa sangat pun cuma nak beli kasut raya Naurah. Dapatlah sepasang kasut raya warna hijau. Tapi sekali tengok macam kasut lelaki pun ada. Nak buat macam mana abah yang pilihkan aku on je.

Lepas tu jalan2 masuk kedai Bata terus suami terkagum2 dengan sepasang kasut warna biru ni. Cantik katanya. Sekali tengok warna biru dah habis tinggal hitam je. Alaaa. Ishh tak boleh ni. Aku kalau suami dah pilihkan, dah kata cantik memang wajib cari. Nanti nak ajak pergi tengok kat Bata Jusco pulak.

Kosong je IOI sebab semua orang kerja kan. Aku je melepak anak beranak kat dalam mall tu. Lepas satu, satu kedai kami masuk. Husband suruh beli baju raya tapi aku macam takde mood nak beli blouse ke seluar jeans ke.. Cuma nak beli jubah atau kurung je untuk raya ni. Selebihnya untuk Naurah. Rezeki Naurah :)

Iyee setiap tahun aku dapat je bonus raya, Alhamdulillah. Tapi aku banyak peruntukan untuk duit raya, mak abah, family-in-law, sepupu2 semua. Aku anggap bonus tu rezeki diorang juga. Yang selebihnya simpan.

Baru lepas WhatsApp dengan suami, mintak hari ni nak berbuka puasa kat rumah. Tak nak pergi rumah in law semata2 nak masak masakan sendiri. Nasib suami ok je. Teringin taw nak balik lepas tu kepenatan pun masak2. Ahaha! Alaa hari ni, esok dengan lusa kat rumah in law menantu baru datang berbuka bersama kot. Ok apa. Kasik can sket lah aku nak masak sendiri kat rumah. Nak berguling dengan Naurah lagi. Nyumms!

1 comment:

Dhiera nadhirah said...

shopping time org bekerja memang heaven.

btw, selamat hari raya. maaf zahir batin