Monday, July 13, 2015

Shopping Raya Dari Pagi Bawak Ke Malam

Assalamualaikum.

Dok kalut2 buat kerja kat ofis hari ni lupa terus nak update belog. Hee.

Weekend baru2 ni Sabtu lepas adik ipar, father-in-law & semua lah ajak aku suami isteri dengan Naurah pergi Pwtc. Kan ada sale murah2 dari banyak butik best2. Cala Qisya, Bella Ammara.... Tapi aku awal2 dah bagitahu yang Iolss malas nak pi sebab taw kan jem sesaja kat sana. Malas nak ambil risiko dengan bawak baby lagi. Kang kalau bukan Naurah yang ngamuk aku pulak yang membebel kat husband kang. Dari bergaduh baik duk diam kat rumah je. Lagipun so far preparation raya semua dah ada. Cukuplah tu... kita besederhana je ye :) Tapi aku taw niat fil memang nak belanja baju raya untuk Naurah.

Dan aku macam teringin pulak nak pi Mitsui Premium Outlet kat Klia tu. Ala2 mcm Jpo jugaklah. Abang aku kata tempat baru, tak ramai lagi yang taw so takde orang. And ada sale jugak lagi2 baju baby :) Alaa nak cuci2 mata je lah.. Tapi sil cakap penuh je orang kat dalam tu. Hmmm.

Dah hari Sabtu tak ikut diorang pi Pwtc so melepak je la kami kat rumah. Esok hari Ahad sekali lagi fil call husband ajak pergi Mid semata2 nak belikan baju untul Naurah. Adoiyaiii.. Nak jugak tu. Padahal baju raya Naurah berpasang2 dah, Alhamdulillah. Tapi hmm.. hmm.. Malas nak banyak pikir nak banyak bunyik aku ikut je la.. Walau dalam kepala dah stress dengan ramai orang shopping nak raya ni. Hehh!

Ku gagahi jugak ikut. Dapatlah Naurah sepasang dress pink. Nak je aku tambah banyak2 lagi baju dia tapi tak sampai hati pulak. Huhu.. Suami pun dapat jugak 2helai baju & sepasang seluar jeans. Amboi sangat patutlah beriya betul ajak aku kenn. Aku je tak dapat apa2.. Iyelahh orang dah dapat bonus raya mana nak kena layan T___T

Lepas tu aku suami isteri memang cadang nak berbuka kat luar je. Almaklumlahh hampir sebulan berpuasa ni nan hado langsung nak candle light berbuka nya pun. Tapi macam dapat je makpak mertua aku baca fikiran kami. Diorang pun ajak berbuka kat luar. Kat Wong Solo, Bangi je. Sebab lepas tu turn aku pulak nak shopping tudung. Arghh tak kira! Tu yang dari pagi, bawak ke berbuka & ke malam berjalan. Nasib Naurah ok2 jewww tak ngamuk pun.

No comments: