Thursday, August 27, 2015

Aku EL hari ni T____T

Aku EL hari ni. Sebabnya Naurah acah2 demam pula T_____T Maksud aku acah2 demam tu suhu ala2 suhu badan je panasnya. Semalam laa time balik ambil Naurah kat nursery teacher dia ada cakap Naurah demam. Aku rasa2 badan hmm yelahh demam tapi tak panas sangat lah. Mungkin sebab nak tumbuh banyak lagi gigi kot jadi camtu.

Pagi ni bangun dari tidur nak pergi kerja tengok badan Naurah still acah2 demam lagi. Tapi aku taw waktu siang memang bergusti cergas dia. I know lah kan my daughter :')

Tiba2 teringat pulak pasal viral kat Facebook tu yang cakap anak demam2 pun hantar taska T____T

" Pengasuh / cikgu ni bukan jururawat untuk jaga anak kita yang sakit.... "

" Anak yang sakit / demam lebih memerlukan ibu di sisi berbanding orang lain.... "

" Pengasuh / cikgu bukan nak jaga anak kita sorang je. Ramai lagi nak dijaga, nak dimandi, bagi makan pakai semua.... "

Wuaaa lantas tak jadi hantar Naurah pergi school & aku pun ambil la EL ( you know, I don't like EL )

Bukan apa, cuti tahun aku tinggal 5, 6 hari je lagi nak menyampai ke hujung tahun. Nak ambil cuti pergi holiday pun pikir 10 kali dengan cuti yang tinggal suam2 kuku. Ingat on Disember nak pergi Cameron bawak dak kecik tu. Tak sanggup pulak rasanya nak unpaid leave. Membazir besar pada aku tu. Huhuhu ! Terpikir jugak tadi nak MC je tapi you know I memang tak suka ambil MC kalau tak sakit. Lagi satu, kemalasan nak drive keluar.

Actually aku ok je ambil cuti kalau ada something kat Naurah.. macam demam ke kan.. tapi kalau geli2 demam ni rasa ok je hantar kat school. Macam hari tu ok je aku cuti 2weeks non-stop sebab Naurah kena chickenpox. Tu yang nak habis dah cuti tu. Huhu!



**********



Baru pukul 9pagi tadi, elok je berlarinya dak Naurah ni. Kan aku dah kata siang2 aktif je anak aku ni. Hahahah ! Tapi takpe laa. Siapa tak sayang anak oi ;)

1 comment:

cik mah said...

Aaa...kdng tu ngan ibu terus je kebah...g nursery rindu lah nk manja2 kan..hehe..