Sunday, August 2, 2015

Balik kampung mak masak macam-macam.

Assalamualaikum.






Kalau hari tu turn abah bawak Naurah pergi taman, semalam balik je dari kampung aku pulak rajin bawak Naurah pergi swimming. Ehh tak swim pun tapi jalan tetepi pool je. Tu pun dah semput aku kejar dia. Gambar kat sini. Kena buli je mama dengan Naurah, boleh pulak dia acah2 nak terjun dalam pool tu. Perghh.. urut dada dibuatnya. Lain kali la kita swim ye nakk. Kita berdua je mana best? 

Hari ni hantar nursery, layu je mata dak kenit tu. Ngantuk gamaknya. Ikut ler nakk, tidur ler dalam carseat tu. Asalkan tak kacau mama drive :)

Balik dari kampung boleh tahan best juga. Macam2 mak masak.. ada nasi dagang dengan kari ikan tongkol. Hmm actually aku kureng sikit nasi dagang ni tapi aku jamah je. Bubur caca pun ada. Bubur yang warna-warni tu campur dengan keledek kot. Pun aku kureng tapi makan yang colourful tu je, keledek tolak tepi. Haha! Dan kari ayam juga ada! Sejak2 mak taw suami aku suka kari ayam ni..asal balik kampung je mak buat. Lepas tu Zul puji sedap pulak tu. Kembang-kempis la mak kiteww teww :D Tapi memang win pun! Betullll... tak tipuuuu... Kek coklat ber-cheese pun ada mak buat. Yang ni for sure sedap. Sedap sampai menjilat jari, licin habis. Yilekk! Aku siap tapaw lagi. Elok je lembab2 basah kek nya. Kalau aku buat why tak menjadi? Why la?? Hihi.. Lepas tu ada agar2..orang noghori panggil lengkong. Air pulak jus tembikai campur laici. Mak yang buat jugak. Macam2 kan mak aku masak? Mana aku tak rindu kampung halaman. Belum cerita before balik KL lagi. Satu plastik godang buah rambutan, durian, nasi lauk-pauk mak tapawkan. Kuih raya lagi. Haha mak2. Satu hari nanti aku nak buat benda yang sama jugak untuk Naurah :)

No comments: