Saturday, August 22, 2015

Bawak Naurah ke Farm In The City

Aku dah pergi Farm In City Sabtu lepas. Entry ni bertujuan nak share letew :P

Pada aku biasa2 je kot kat sini. Kahhh jujur punya review ekk sorry taw2. Tapi takde lahh tak best.. Cuma ok2 sahaja. Aku beriya ajak husband datang sini pun sebab Naurah memang pencinta haiwan. Naurah memang suka binatang. Kalau nampak cat, bird memang dok tergila2kan menjerit nak pegang. Aku syak start aku belikan dia buku animals zaman2 baby dulu. Memang dok ulang2 je buku tu. Suami pun rajin bawak pi tengok bird, petang2. Gitew. Eloklah tu suka binatang, penyayang anak mak :)

Aku pergi lewat jugak dalam pukul 230pm sebab nak tunggu husband balik kerja dulu. Sebab pikir dekat so pergi je lahh. Every weekend dok cancel2 so minggu ni kita redah je. Lambat pun lambat la. Janji dapat gumbirakan hati anak ;)

Apa yang best kat sini, boleh pegang2 haiwan yang jinak macam burung, ayam. Cerita pasal anak ayam ni laki aku marah betul.. ada ke patut aku pergi instagram gambar Naurah dengan anak ayam tu. Kat kampung banyak la.. katanya. Hahaha! Aku ig kan sebab gambar tu la yang paling lawo hihi...

Kawasan dalam tu takde la besar mana tapi ok2 je pada aku sebab tu pun termengah2 dah. Memang seronok boleh bagi haiwan2 kat sana makan. Bukan time makan pun, kalau kau masuk contoh tempat rabbit memang siap2 dah dia bagi sayur suruh kita bagi makan. Aku penggeli sikit so aku suruh Naurah yang bagi rabbit & tortoise makan. Terjerit2 betul dia keseronokan. Riang betul hati.

Jalan punya jalan tetiba lapar baru teringat belum lunch lagi padahal dah jam 3 lebih T______T Nak cari cafe dalam tu buat jamah2 makan tapi alaaa sendu je cafe nya. Takde apa pun. Ops! Lepas tu beli la ice cream dengan air mineral je sebab kemain mahal. Berganda2 la harga dalam tu. Nyampah taw.

Lepas keluar tu Naurah dapat sijil. Haha jadi lahh.. Suami tanya, nak pergi ke sini lagi. Laju2 aku jawab tak nakk. Kahhh! Cukup lah sekali kot : P Aku berkenan pergi kat sini sebab nak bagi Naurah tengok haiwan dari dekat je. Dan dia boleh pegang sambil bagi makan. Tapi kalau nak ulang pergi untuk kali kedua...tak kot.

Harga tiket boleh tahan mahal. Dewasa Rm32..yang penting tunjukkan ic. Kanak2 bawah 2tahun free.

2 comments:

Liyana said...

teringin gak nak pegi.. tp lebih kurang mcm zoo je ek.. mls la pulak haha

cik mah said...

Alaak kn bw azwa sblm 2 tahunlah juga..hehe...suka ek die...azwa pun suka bintang juga..